Huo Mian yang sedang mengacau kopi terkaku seketika. Kemudian, dia menggelengkan kepalanya…
"Um… mak saya beritahu saya yang dekat tempat tinggal dia ada seorang doktor perubatan tradisional Cina terkenal dan ramai pasangan yang mengandung lepas jumpa dia. Perubatan Cina tak sakitkan tubuh. Jadi, bagus juga kalau ia dapat selesaikan masalah kamu, kan? Mak saya cakap dia agak bagus dan memandangkan kita ada banyak masa hari ni, kamu nak pergi sana tak?"
Kebiasaannya, Huo Mian akan menolak, tetapi hari ini, dia menjawab, "Dah tentu."
Kemudian, Huo Mian memandu keretanya membawa Zhu Lingling menuju ke kawasan tempat tinggal emak Zhu Lingling.
Kawasan tersebut merupakan kawasan perindustrian lama; Zhu Lingling membesar di sana dan disebabkan keluarga mereka sudah terbiasa dengan keadaan di sana, ibu bapanya tidak mahu berpindah ke bandar.
Akhirnya, mereka berputar dan berpusing sehingga mereka tiba di sebuah halaman yang terletak di lorong kecil.
Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com