"Sebab saya tak pernah tunjukkan diri saya… saya sebenarnya seorang introvert yang tak pandai luahkan perasaan saya. Bila saya pergi untuk jumpa kamu, saya tengok kamu berjalan di padang sekolah, makan hamburger di kafeteria sekolah, main bola keranjang bersendirian atau hanya duduk termenung…"
Sebenarnya, hati Song Yishi hancur apabila melihat keadaan Qin Chu…
Dia tidak menunjukkan wajahnya hanya kerana satu sebab yang mudah - Qin Chu ke luar negara untuk memulihkan hatinya yang patah selepas putus cinta.
Song Yishi tidak pasti jika Qin Chu akan menyukainya. Jadi, dia hanya mampu memandang Qin Chu dari jauh…
Dia mahu menunggu sehingga mereka berdua pulang ke China supaya dia boleh mencipta peluang untuk mereka terserempak…
Namun, dia terkejut apabila Qin Chu pulang secara senyap-senyap tanpa diketahui sesiapa pun termasuklah ayahnya.
Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com