webnovel

Lawan Huo Mian (10)

Editor: EndlessFantasy Translation

Selama Su Yu menguruskan Bintang Diraja, dia tidak pernah menyanyi mahupun muncul di dalam mana-mana persembahan.

Dia juga tidak menyanyi ketika majlis sambutan ulang tahun Bintang Diraja.

Tiada siapa yang boleh mempercayai apa yang didengari mereka apabila dia memberitahu dia mahu menyanyi di majlis begini.

Tidak pasti apa yang perlu dilakukan, Jin Lan memandang Qin Chu yang mengangguk tanpa berkata apa-apa…

Dia bukanlah seorang lelaki yang berfikiran sempat; jika Su Yu mahu menyanyi, maka Qin Chu akan membenarkan dia menyanyi. Apakah helah yang akan dilakukan kali ini?

Huo Mian juga terkejut…

Su Yu mahu menyanyi? Kenapa dia mahu buat begitu?

Jiang Xiaowei berbisik di telinga Wei Liao, "Saya boleh rasa lagu ni ada kaitan dengan Huo Mian."

"Um… Saya harap tak. Kalau dia begitu tak senonoh, tentu susah kalau pihak media mula sebarkan khabar angin."

Namun, tiada siapa yang mampu menghalangnya…

Bab Terkunci

Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com

Bab berikutnya