"Um… saya akan cari masa untuk aturkannya, tapi saya perlu tegaskan… saya hanya bertanggungjawab dalam aturkan perjumpaan kamu, tapi keputusan sama ada nak bekerjasama dengan kamu atau tak bergantung pada suami saya."
"Dah tentu." Huo Zhenghai berpuas hati dengan keputusan itu.
"Oh dan… lepas ni, jangan campur tangan dalam urusan peribadi saya tanpa persetujuan saya," kata Huo Mian dengan dingin.
Sebaik sahaja Huo Zhenghai membuka mulut, Yang Meirong keluar membawa semangkuk sup…
"Minumlah masa panas-panas lagi ni."
"Okey." Huo Mian mengangguk.
"Apa yang kamu berdua bualkan?" tanya Yang Meirong.
Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com