webnovel

Hanya Saya dan Kamu Yang Tinggal Di Dunia Ini (5)

Editor: EndlessFantasy Translation

"Saya mungkin… terpaksa kerja lebih masa hujung minggu ni." Akhirnya, Huo Mian memilih untuk berbohong.

Dia tidak mahu Qin Chu tahu dia bersetuju dengan permintaan Huo Siqian untuk kebaikan syarikat Qin Chu.

Permintaan Huo Siqian tidak munasabah, tetapi dia tidak berani untuk memberitahu Qin Chu…

"Oh, kalau macam tu, minggu depanlah, tak apa." Qin Chu tidak memikirkannya terlalu panjang.

Mereka berdua memandu lebih sedikit dari 20 minit sebelum berhenti di luar restoran udang kara pedas.

Restoran tersebut bukanlah restoran besar, tetapi perhiasannya sangat bergaya, seperti hostel bersejarah. Seluruh restoran itu diperbuat daripada kayu.

"Kamu suka udang kara?" Huo Mian telah lama mengenali Qin Chu tetapi tidak pernah tahu yang dia menggemari udang kara. Dia terkejut.

"Ada orang belanja."

Qin Chu tersenyum dengan penuh misteri…

Kemudian, dia memegang tangan Huo Mian, dan mereka berdua masuk ke bilik peribadi…

Bab Terkunci

Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com

Bab berikutnya