"Tak, tak. Saya hanya seorang pekerja ikhlas yang nak tolong syarikat saya dapatkan bintang macam kamu." Jiang Linyu tersenyum.
"Baiklah, saya akan balik dan pertimbangkannya. Saya akan maklumkan pada kamu nanti."
"Okey, saya harap kita dapat kerja bersama-sama." Jiang Linyue bersalam dengan Annie Liang dengan penuh elegan.
Rundingan mereka berjalan dengan lancar…
Apabila kedua-dua mereka beredar, mereka mengambil haluan berbeza, dan Annie Liang membalut pakaiannya pada tubuh dengan kemas, risau jika pihak media atau kakitangan Bintang Diraja ternampak dia.
Jika dia meninggalkan Bintang Diraja untuk duit, dia akan menjual maruahnya…
Sebenarnya, dia betul-betul sukakan Su Yu, tetapi Su Yu tidak pernah menyukainya. Jadi, ini satu peluang yang baik untuk menyertai GK.
Dia pernah melihat Qin Chu dalam majalah; dia seorang lelaki yang sangat tampan.
Walaupun Qin Chu kelihatan dingin, Annie Liang masih tertarik kepadanya…
Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com