Tanpa berkata apa-apa, Su Yu melangkah keluar dengan air muka yang murung...
Wei Liao dan Tang Chuan mengekori Su yu.
"Saya nak balik ke rumah untuk tidur. Kamu tak perlu ikut saya."
Su Yu masuk ke dalam Lamborghini hitam dan memandu laju, meninggalkan Wei Liao dan Tang Chuan yang sedang keliru…
"Adakah kerana Zhao Qingya sudah pulang dan dia tak ada pasangan untuk tidur bersama?" Teka Wei Liao.
"Tak mungkin. Dia yang halau Zhao Qingya. Kamu tak tengok masa Zhao Qingya pergi? Matanya merah dan dia sangat sedih. Jelas sekali dia tak nak pergi."
"Jadi apa yang berlaku? Adakah dia akan kekal bujang? Adakah dia nak jadi sami?"
"Tak, dia tertarik dengan seseorang yang pelik." Wei Liao tergelak.
Tang Chuan masih keliru…
Selepas memandu laju untuk pulang ke rumahnya, Su Yu mandi dan mengangkat telefonnya.
"Perhatikan mereka. Hentikan mereka sebaik saja mereka bertindak."
"Baik, Tuan Muda."
Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com