webnovel

Adakah Ibu Kamu Tahu Kamu Garang Begini? (3)

Editor: EndlessFantasy Translation

"Sayang, saya… saya… saya…," Selepas tergagap-gagap, Huo Mian yang selalunya berlidah tajam mengaku kalah.

"Kamu nak basuh atau saya yang patut basuh?"

"Emm... kita tak patut buat begini…" Huo Mian merendahkan kepala dan mukanya merah padam.

"Kamu tak nak basuh pinggan untuk saya?" tanya Qin Chu dengan kecewa.

"Apa? Basuh pinggan?" Huo Mian mengangkat muka, bingung.

"Apa lagi? Kamu ingat kamu kena basuh apa?" Qin Chu tersenyum.

Huo Mian serta merta tahu dia telah diperdayakan. Dia melompat ke arah Qin Chu dan menumbuk bahunya, "Qin Chu, kamu sengaja! Kamu memang sengaja buat begitu!"

Belum sempat tangan Huo Mian menyentuh Qin Chu, Qin Chu menangkap tangannya dan Huo Mian ditekan ke sofa. Ciuman ghairah selamat tiga minit telah mencairkan tubuh Huo Mian, membuatkan dia berasa lemah. Akhirnya, Qin Chu melepaskan Huo Mian dan berkata sambil tersenyum, "Jarang sekali kamu menurut perintah. Saya akan lepaskan kamu kali ini."

Bab Terkunci

Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com

Bab berikutnya