"Kenapa saya perlu rindu?" tanya Huo Mian dengan bingung.
"Tapi semua orang cakap Tuan Muda Su sukakan kamu."
"Itu cuma khabar angin. Jangan ambil serius. Su Yu ada ramai teman wanita dan kebanyakan mereka ialah selebriti. Dia cuma nak hilangkan bosan di hospital kita. Tak perlu besarkannya."
"Ya, kamu betul. Encik Su ada ramai wanita di sekelilingnya. Saya tak rasa kita berpeluang untuk berjumpa dengannya lagi selepas ini memandangkan dia dah pulang," kata Nannan dengan wajah yang muram.
Huo Mian tersenyum tanpa berkata apa-apa.
Perkara terbaik buatnya ialah mengelak daripada berjumpa Su Yu. Walaupun Huo Siqian bukanlah orang yang baik, tetapi amarannya masuk akal dan Huo Mian tidak mahu terlibat dengan lelaki seperti Su Yu.
Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com