webnovel

"Kamu ini memang..." Su Yu kehilangan kata-kata dengan provokasi Huo Mian.

Kalau dengan perempuan lain, dia mungkin akan mencampak telefon bimbitnya ke kepala perempuan tersebut tanpa berfikir panjang.

Namun, anehnya, kali ini Su Yu langsung tidak terasa mahu menggunakan kekerasan.

Tanpa sedar, Su Yu memandang Huo Mian yang duduk memejamkan mata di hadapannya. Tiba-tiba Su Yu perasan Huo Mian memiliki bulu mata yang cantik.

Tidak seperti wanita yang lain, Huo Mian tidak memakai bulu mata palsu, tidak memanjangkan bulu mata atau memakai maskara yang tebal. Bulu mata Huo Mian tidak panjang, tebal mahupun lentik.

Namun, wajahnya yang mulus memberi ketenangan kepada sesiapa yang memandang. Huo Mian tidak pernah memakai alat solek and hanya menggunakan produk wajah yang asas, maka kulitnya kelihatan cerah dan berseri.

Bab Terkunci

Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com

Bab berikutnya