webnovel

Selepas Qin Chu memberi tekanan pada pihak media, perhatian terhadap kejadian itu kelihatan berkurangan.

Namun, ada seseorang yang mencipta akaun di Forum Pertama tempatan dan mendedahkan skandal itu di dalam sebuah status.

Ini merupakan era maklumat. Disebabkan oleh populariti Forum Pertama dan pengguna atas talian, sebiji batu kecil boleh menecetuskan ombak besar. Sebaik sahaja skandal itu dimuat naik, orang ramai pula menekan butang 'suka', 'komen' dan 'kongsi status'. Akhirnya, skandal itu tetap menjadi heboh.

Orang yang memuat naik status itu mendakwa dirinya sebagai keluarga pesakit dan menyatakan Hospital Pertama tercemar kerana meminta seorang jururawat berlakon menjadi doktor, hanya untuk mengenakan helah terhadap keluarga pesakit untuk mendapatkan wang.

Bab Terkunci

Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com

Bab berikutnya