Pengarah Wu memandang Huo Mian dan perlahan-lahan membuka mulutnya. "Siapa cakap saya akan pecat kamu?"
Huo Mian terkaku seketika. Dia menyangkakan yang dia akan dipecat kerana tindakannya malam semalam.
"Saya dengar apa yang berlaku malam semalam dan saya sudah jalankan siasatan. Kamu memang telah melanggar polisi hospital. Tapi, saya perlu mengaku yang kamu sangat berkebolehan dan berani." Pengarah Wu berkata sambil merenung Huo Mian dengan tegas.
Huo Mian menundukkan pandangannya. Malam semalam, dia sedar yang tindakannya tidak akan diterima oleh hospital. Pihak hospital tidak akan sesekali membenarkan dia melakukan hal seperti ini.
"Pihak hospital tidak akan bertolak ansur dengan kelakuan kamu tetapi secara peribadi, saya tabik pada kamu. Oleh itu, bagi pihak saya sendiri, saya mahu berterima kasih kepada kamu kerana menyelamatkan dua nyawa malam semalam." Kemudian, Pengarah Wu berdiri dan memberi tabik hormat kepada Huo Mian.
Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com