webnovel

Khabar Angin

Editor: EndlessFantasy Translation

"Puan Qin, biar saya telefon Presiden Qin dahulu. Sila tunggu di sini sebentar."

Yang cukup pintar untuk tidak mendendahkan alamat baru Qin Chu. Dia semestinya tidak mahu dipertanggungjawabkan atau disalahkan oleh bosnya.

"Puan Qin, Presiden Qin kata dia akan sampai ke sini dalam masa setengah jam. Sila tunggu di dalam pejabat." Yang meletakkan telefonnya dan tersenyum.

Puan Qin tidak berkata apa-apa tetapi jelas sekali yang dia tidak gembira.

Qin Chu tidak lagi muncul semenjak dia bergaduh dengan bapanya. Malah, dia berhenti menelefon mereka.

Qin Yumin seorang lelaki yang sangat degil. Dia mengandaikan Qin Chu hanya bertindak mengikut kehendaknya. Jadi, Qin Yumin meninggalkan bandar itu untuk lawatan perniagaan bagi memeriksa cawangan syarikat itu di Selatan China.

Puan Qin pula sangat rindukan anaknya. Jadi, dia membuat keputusan untuk mencari Qin Chu di syarikat.

Bab Terkunci

Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com

Bab berikutnya