webnovel

Balai Polis

Editor: EndlessFantasy Translation

"Oh, tidak ada apa-apa. Saya tiba-tiba teringat yang saya tertinggal sesuatu di tempat lama kita. Kamu boleh berikannya kepada saya apabila kamu ada masa."

"Okey. Saya akan carikan apabila saya pulang nanti." Huo Mian mengangguk dan membalas.

"Kamu boleh berikannya kepada He Man." Ning Zhiyuan menambah, sengaja membuat Huo Mian marah.

Namun, Huo Mian tidak terkejut langsung mendengarkan semua ini. Sebaliknya, dia membalas dengan selamba, "Okey, boleh sahaja."

Kemudian, Huo Mian berjalan melepasinya.

Ning Zhiyuan tiba-tiba berasa tidak selesa. Dia berbohong sekiranya dia mengatakan yang dia sudah tidak ada perasaan langsung terhadap Huo Mian. Lagipun, dia mengejar Huo Mian agak lama sebelum gadis itu bersetuju untuk keluar dengannya.

Mereka berpasangan selama tiga tahun dan dia sentiasa melayan Huo Mian dengan sangat baik. Kini mereka tiba-tiba berpisah, normallah jika dia berasa sedih.

Pada asalnya, dia menjangkakan yang Huo Mian berasa teruk juga memandangkan dia kini berpasangan dengan He Man.

Namun, tidak ada sebarang tanda patah hati pada reaksi Huo Mian tadi.

Adakah ini bermaksud…yang selama ini, Huo Mian tidak pernah mencintainya? Mungkin dia hanya mencintai bekas teman lelakinya?

Mata Ning Zhiyuan bertukar dingin memikirkan hal ini.

Huo Mian pulang ke rumah selepas bekerja. Dia membelikan beberapa produk kesihatan tambahan untuk emaknya kerana emaknya baru sahaja keluar dari hospital. Namun, kerana emaknya tidak pernah gemarkan kehadirannya, dia hanya meninggalkan barang-barang itu di rumah emaknya dan beredar tanpa makan malam bersama.

Kemudian, dia pulang ke pangsapuri sewaannya, membersihkan tempat itu dengan teliti dan menjumpai barangan yang ditinggalkan oleh Ning Zhiyuan.

Dia mengumpul barangan Ning Zhiyuan dengan berhati-hati dan meletakkan mereka di dalam tong. Dia bercadang untuk membawanya ke tempat kerja esok.

Huo Mian begitu penat dan berbaring dia atas katilnya. Kemudian, dia menggunakan telefonnya untuk memindahkan bayaran kepada kad kreditnya yang sudah digunakan sehingga had maksimum. Nasib baiklah tarikh bayaran belum tiba. Kalau tidak, yuran bayaran pastinya melambung tinggi.

Kemudian, dia menghantar pesanan WeChat kepada Zhu Lingling.

"Kamu di sana?"

"Ya."

"Berikan saya nombor akaun bank kamu. Saya akan bayar wang kamu."

"Kenapa-tergesa-gesa? Saya tidak memerlukan wang." Zhu Lingling membalas.

"Kamu memang tidak tergesa-gesa, saya yang tergesa-gesa. Tidak seronok berhutang dengan orang."

"Daripada mana kamu dapat duit ini? Adakah Ning Zhiyuan memulangkan bahagian kamu untuk bayaran pendahuluan pangsapuri itu?" Zhu Lingling bertanya.

"Ya." Huo Mian menjawab ringkas untuk mengelakkan penerangan yang panjang. Dia tidak mahu menerangkan yang duit itu ialah ganjaran daripada menjadi jururawat pembedahan semasa surgeri Qin Chu.

"Boleh tahan. Okey, memandangkan kamu boleh diharap, saya akan pinjamkan kamu wang lagi selepas ini kalau kami minta." Zhu Lingling menghantar satu muka tersenyum kepadanya.

Selepas Zhu Lingling menghantar nombor akaun banknya, Huo Mian segera memindahkan wang tersebut.

Selepas memulangkan apa yang dipinjamnya, dia hanya ada dua ribu yuan untuk perbelanjaan hariannya. Namun, Huo Mian berasa lega.

Sambil berbaring di atas katilnya, Huo Mian mendengar alunan piano versi Canon Pachelbel dan tiba-tiba perasan akan keindahan hidup yang ringkas.

-Pusat Bandar, Jabatan Polis Jenayah-

"Kapten Gao, kami berjaya menyerbu rumah pelacuran malam ini dan menahan ramai orang," kata seorang pegawai polis muda dengan gaya mengharapkan pujian.

Gao Ran menepuk bahu polis kecil itu dan berkata, "Kerja yang bagus. Kerja yang bagus, semua!"

"Kapten Gao, salah seorang pelanggan itu mabuk ketika kami menahannya. Kami meminta dia memberikan nama untuk dihubungi supaya dia dapat diikat jamin, tetapi dia tidak memberi kami sebarang nama. Telefonnya menggunakan kata laluan dan kami tidak dapat membukanya. Jadi, kami tidak dapat menelefon keluarganya juga. Apa yang patut kita lakukan?"

"Biar saya periksa." Gao Ran berjalan menuju bilik tahanan.

Dia berjalan masuk dan terlihat seorang lelaki muda dengan pipi merah. Bau alkohol memenuhi rongga hidungnya.

Gao Ran mengerutkan wajahnya. "Mana barangannya? Bawakan ke sini."

"Ini dia, Kapten Gao." Polis muda itu menghulurkan sebuah telefon bimbit.

Gao Ran melalukan jarinya pada skrin dan perasan bahawa telefon itu memerlukan cap jari sebagai kata laluan. Tanpa berkata, dia berjalan ke arah si mabuk itu, mengambil jari lelaki itu dan menekannya pada skrin telefon.

Polis muda di sebelahnya menaikkan ibu jari dan memuji, "Kapten kita memang ada caranya yang tersendiri."

Selepas Gao Ran membuka telefon tersebut, dia berkerut sedikit apabila dia melihat gambar wanita yang menarik di skrin utama telefon itu.

"…Huo Mian?" Gao Ran menggumam sendiri. Dia tidak pasti jika apa yang dilihatnya benar.

Bab berikutnya