webnovel

Perkembangan

Editor: EndlessFantasy Translation

Huo Mian yang berasa sedikit janggal berdiri untuk beredar dari situ.

"Mian," dia memanggil.

Mungkin kerana terlalu gementar, sebaik sahaja Huo Mian berpusing, tangannya menggigil dan cawan berisi air panas mendidih yang dipegangnya jatuh menyembah bumi.

Ia permulaan musim panas dan Huo Mian memakai sepasang kasut yang nipis. Jika air mendidih itu jatuh ke atas mereka, kakinya mungkin melecur.

"Ah…" Huo Mian yang tidak mempunyai masa untuk bertindak balas dan hanya mampu melihat cawan itu jatuh.

Tepat pada masanya, sepasang tangan besar dihulurkan dan menangkap cawan itu dengan kemas.

Namun, kerana pergerakan jatuhan itu, sejumlah air panas yang banyak tetap tumpah. Tompok merah besar segera muncul pada belakang tangan kiri Qin Chu hingga ke pangkal ibu jarinya.

"Ini cawan kamu." Qin Chu menegakkan tubuhnya. Riak wajahnya tidak berubah semasa menghulurkan cawan itu kepada Huo Mian.

"Macam mana dengan tangan kamu?" Huo Mian bertanya dengan gementar.

"Baik sahaja."

"Apa maksud kamu baik sahaja? Semua sudah merah. Cepat, datang sini dan lalukan tangan kamu di bawah air sejuk." Huo Mian menarik cawan daripada tangan Qin Chu dan membuangnya ke dalam tong sampah tanpa melihatnya buat kali kedua.

Kemudian, Huo Mian menarik lengan baju Qin Chu ke arah dispenser air. Dia memegang tangan Qin Chu di bawah muncung air dan menekan butang air sejuk.

Qin Chu tidak mengeluarkan sebarang bunyi semasa membiarkan Huo Mian melakukan semua ini.

Jika dia tidak tersilap membaca situasi itu, semasa tangannya melecur, adakah itu…gementar…di mata Huo Mian?

Memikirkan ini, hujung bibir Qin Chu terangkat sedikit dengan kejayaan ini.

"Adakah ia masih sakit?" Huo Mian bertanya sambil mengangkat kepalanya.

Qin Chu menggeleng menidakkan.

Baru ketika itu Huo Mian menyedari yang dia masih memegang tangan Qin Chu. Untuk mengelakkan situasi menjadi lebih janggal, dia segera melepaskan tangannya.

"Hmm…kamu patut ke farmasi nanti dan ambil satu tiub krim melecur." Huo Mian mengingatkannya.

"Tidak apa." Suaranya rendah dan serak, penuh dengan daya penarik.

"Kalau kamu tidak apa-apa, saya akan pergi sekarang." Sebenarnya, Huo Mian takut untuk berhadapan dengan Qin Chu seorang diri.

Ini kerana dia takut akan perasaan aneh yang memenuhi dadanya yang semakin nyata berkembang.

Dia lebih takut sekiranya Qin Chu mampu melihat menerusi apa yang difikirkannya.

"Mian," Qin Chu berkata lagi dengan lembut.

Dia berhenti berjalan tetapi tidak berpusing. Dia berdiri dengan senyap, menunggu jawapannya.

"Terima kasih untuk kerja keras kamu hari ini."

"Kamu juga, Doktor Qin." Dengan itu, Huo Mian berjalan dengan laju dan segera meninggalkan bilik itu. Dia tidak berani duduk di situ walaupun sesaat lebih lama.

Qin Chu tergamam dengan kata-kata Huo Mian. Doktor Qin? Dia terbatuk di dalam hati. Itu tidak disangka-sangka. Jika dia tidak benar-benar faham, dia pasti menyangka Huo Mian memanggil seorang lelaki tua.

Namun, dia memang layak dipanggil 'doktor'.

Terima kasih kepada prosedur pembedahan yang pelik ini, dia nampaknya berjaya merapatkan diri dengan Huo Mian.

Qin Chu sangat gembira. Dia memasukkan tangannya ke dalam poket dan berjalan dengan gaya seakan-akan dia lebih bagus daripada orang lain. Pada tubuhnya, kot putih yang dipakai oleh doktor kelihatan sangat menarik. Sebenarnya, orang yang kacak atau cantik, akan kelihatan kacak dan cantik tidak kiralah apa pun yang dipakai mereka.

Di belakang Qin Chu, beberapa orang jururawat muda sudah pun mula menanam minat…

"Wah, doktor itu dari jabatan mana? Dia sangat muda dan kacak!" Salah seorang daripada jururawat itu menyeru.

"Saya pun fikir begitu. Gayanya begitu menakjubkan. Cara dia berjalan sahaja sudah menggetarkan hati dan sangat mengawal. Tapi saya sangat sukakannya!" seorang lagi jururawat muda berkata. Dia langsung tidak menyelindungi perasaan minatnya.

"Oh tidak! Saya rasa jantung saya berdegup kencang. Cepat, tanyakan pada orang sekeliling. Doktor baru itu dari jabatan mana? Saya perlu mulakan langkah dahulu."

Golongan jururawat muda itu berbual dengan teruja sesama mereka.

Namun, mereka tidak tahu betapa istimewanya lelaki itu. Dia ialah seseorang yang tidak mampu dijemput oleh pengarah hospital mereka sendiri.

Selepas Huo Mian beredar baru dia sedar akan soalan yang dia mahu tanyakan pada Qin Chu.

Kenapa Qin Chu mendapat ijazah kedoktoran dari Harvard? Keluarganya sudah menguasai dunia perniagaan untuk beberapa generasi dan kini dia merupakan seorang ahli perniagaan. Bukankah sepatutnya dia belajar tentang perniagaan di Amerika? Namun, apa yang dilihatnya ialah seorang pakar bedah neuro yang hebat di dewan bedah sebentar tadi.

Semasa fikirannya menerawang, seseorang menepuk bahu Huo Mian.

"Misi Huo Mian. Ketua Jururawat mencari kamu." Kata Huang Yue, seorang jururawat muda dengan senyuman lebar.

"Baiklah. Saya akan ke sana sekarang."

Bab berikutnya