webnovel

Perkara Yang Sukar

Editor: EndlessFantasy Translation

"Saya dalam kelas sukan apabila saya mendapat panggilan daripada jiran kita, Puan Wu. Dia beritahu yang emak pengsan di hadapan kedai runcitnya. Saya beritahu cikgu yang saya perlu pergi, telefon ambulan dan terus datang ke sini."

"Emak selalunya dalam keadaan sihat. Macam mana ini boleh berlaku?" Huo Mian diamuk risau.

Saat itu, pintu terbuka dan seorang doktor berjalan masuk. "Siapa antara kamu ahli keluarga Yang Meirong? Datang ke luar sekejap."

"Saya." Huo Man bergegas mengikut doktor tersebut ke luar.

"Kamu anak perempuan kepada pesakit, kan?" Doktor tersebut membuat jangkaan berdasarkan umur Huo Mian.

Huo Mian mengangguk.

"Adakah kamu tahu bahawa pesakit menghadapi masalah tekanan darah tinggi?" doktor tersebut bertanya dengan kasar.

"Saya tahu. Tetapi emak saya sentiasa mengambil ubatnya dan dia sentiasa mendapatkan rehat yang cukup. Saya juga memeriksa tekanan darahnya apabila berkesempatan dan ianya sudah agak stabil buat masa sekarang."

"Jangkaan kami adalah pesakit mengalami satu kejutan yang menyebabkan peningkatan tekanan darah. Sebagai anaknya, kamu perlu lebih berhati-hati. Pesakit juga ada masalah jantung selain tekanan darah tinggi. Jika ini terus berlaku, nyawanya akan tergugat. Kamu faham?"

"Mengalami kejutan?" Huo Mian terperanjat.

Dia sibuk dengan kerjanya dan hanya pulang ke rumah sekali setiap dua minggu. Adik lelakinya ialah anak yang baik, jadi apa yang mungkin menjadi puncanya?

"Apabila pesakit tersebut bangun, kamu boleh tanya dia sendiri. Kami sarankan dia tinggal di sini selama seminggu untuk mengembalikan tekanan darah normal. Apa kamu rasa?"

"Tidak ada masalah." Sebagai jururawat, Huo Mian tidak berani mengambil risiko. Dia tahu keadaan tersebut serius.

"Okey, kamu boleh pergi jelaskan yuran hospital sekarang."

"Okey." Huo Mian mengangguk. Kemudian, dia bergegas menuruni tangga dan menuju ke arah kaunter pembayaran di tingkat pertama.

"Jumlah keseluruhan ialah 7908 yuan."

"Sebanyak itu?" reaksi Huo Mian menunjukkan dia terganggu. Semenjak beberapa tahun ini, separuh daripada duit yang diperolehinya akan diberikan kepada adiknya manakala separuh lagi digunakan untuk bayaran pendahuluan rumah yang dibelinya bersama Ning Zhiyuan. Dia hanya ada tiga ribu yuan di dalam akaun banknya. Sekarang, mereka meminta lebih daripada tujuh ribu sekaligus. Dia benar-benar tiada duit sebanyak itu.

"Adakah kamu mahu bayar atau tidak? Cepat sedikit, ramai orang di belakang kamu. Jangan melambatkan barisan."

"Saya bayar." Huo Mian segera membawa keluar kad kreditnya. Dia baru sahaja mendapatkan kad tersebut tahun lepas, dan dia ingat yang had penggunaannya ialah sepuluh ribu yuan.

Selepas membayar yuran, dia kembali ke bilik hospital. Ketika itu, emaknya sudah sedar.

"Mak, mak sudah bangun." Huo Main berkata dengan berhati-hati.

"Kenapa kamu datang ke sini? Berambus!" Yang Meirong kelihatan begitu marah melihat kehadiran Huo Mian.

"Mak, saya yang telefon kakak." Jing Zhixin bergegas dan cuba menenangkannya.

"Kamu tak perlu datang lihat saya. Saya bukan sakit, saya tak perlu duduk di hospital. Zhixin, pergi isi borang keluar. Kita akan balik rumah."

Yang Meirong begitu bersungguh-sungguh untuk bangun dari katil.

"Mak, keadaan mak agak serius. Mereka perlu turunkan tekanan darah mak dahulu. Mak perlu duduk di sini selama seminggu sebelum dibenarkan pulang."

"Ini bukan masalah kamu. Salah siapa yang menyebabkan saya jadi begini?" Yang Meirong menjerkah. "Keluarga kita tidak akan jadi begini kalau bukan sebab kamu, kamu satu sumpahan!"

"Mak, jangan cakap begitu. Ianya bukan salah kakak."

"Diam!" Yang Meirong begitu marah. "Sumpahan ini yang membunuh ayah kamu dengan nasib malangnya dan sekarang lelaki jahanam itu kembali lagi. Dia datang ke rumah kita dan berlagak hanya kerana dia mempunyai duit. Pampasan? Mudahnya cara dia berkata-kata. Siapa yang mahu duit busuk dia? Adakah duit dia boleh mengembalikan yang sudah mati?"

Dengan itu, Huo Mian merasakan hatinya semakin berat apabila dia akhirnya faham apa yang berlaku. "Mak, adakah…Qin Chu datang mencari mak?"

Bab berikutnya