webnovel

"Apa yang saya perlukan ialah 'ya' atau 'tidak'. Saya mahukan jawapan."

Sewaktu dia berkata-kata, reaksi Qin Chu kelihatan begitu dingin.

"Chu, kami lakukannya untuk kebaikan kamu. Semuanya sudah lepas pun. Kamu…" Qin Chu bangun berdiri sebelum sempat Puan Qin menghabiskan kata-katanya.

"Saya dah agak."

Dia sudah mendapat jawapan yang diperlukannya berdasarkan nada emaknya. Dia yang sudah mengagak semua perkara ini terus bangun. Tanpa sepatah kata, Qin Chu berjalan naik ke atas ke biliknya di tingkat dua.

"Chu, makanlah dahulu sebelum kamu naik berehat di bilik." Puan Qin memanggil anaknya yang sudah beredar pergi. Dia bimbang akan kesihatan anaknya.

Namun, bukan balasan yang diterimanya tetapi hanya bahagian belakang anaknya yang berjalan pergi.

"Yumin…Chu…dia…adakah dia masih berharap dengan perempuan jahanam itu? Ianya sudah terlalu lama dan akhirnya dia sudah kembali ke rumah. Oh, saya harap tiada apa-apa yang tidak kena. Apa awak rasa?" Puan Qin agak terkejut dengan kelakuan anaknya.

Ianya sudah tujuh tahun dan anaknya kembali ke negara tersebut akhirnya. Dia tidak mahu perkara menjadi buruk antara mereka seperti yang pernah terjadi sebelum ini. Semuanya kerana perempuan.

"Tak kisahlah. Dia sudah besar sekarang dan boleh buat keputusan untuk dirinya sendiri." Dengan itu, Qin Yumin mengambil penyepitnya dan mula makan dengan marah.

Qin Chu kembali ke biliknya. Dia mengambil telefon bimbitnya lalu mendail nombor.

"Periksa sesuatu untuk saya secepat mungkin," dia berkata dan terus memutuskan talian.

Kemudian, dia perlahan-lahan membuka kunci salah satu daripada laci-laci tersebut dan membawa keluar sekeping gambar yang sudah kekuningan.

Ada seorang gadis dalam gambar tersebut dengan rambut ditocang ekor kuda. Dia begitu cantik dan mempunyai paras rupa yang menarik. Sepasang lesung pipit yang muncul apabila dia tersenyum kelihatan begitu menawan.

Meskipun dia memakai seragam sekolah yang besar, itu tidak menjejaskan kecantikannya.

"Mian, saya sangat rindukan kamu."

Qin Chu berkata-kata dalam suara yang begitu perlahan dan serak, seperti seorang lelaki yang begitu hanyut dalam cinta.

Ingatannya kembali ke suasana dalam gambar tersebut, tujuh tahun yang lepas.

Langit biru, awan putih gebu, halaman sekolah dan…gadis yang dicintainya.

Keesokan harinya –

Huo Mian bangun awal dan menaiki bas ke hospital tempat dia bekerja. Selepas menyelesaikan tugasannya, dia mengambil sup tulang yang dibuatnya pagi itu dan terus beredar mencari Ning Zhiyuan. Dia mahu menjelaskan perkara yang berlaku semalam.

Di Jabatan Pesakit Luar Oftalmologi –

Apabila Huo Mian masuk ke bhagaian tersebut, dia mendapati He Man, salah seorang jururawat sedang membalut luka di dahi Ning ZHiyuan dengan berhati-hati.

"Hish, macam mana perkara macam ini boleh berlaku Doktor Ning? Macam mana lah kamu boleh begitu cuai?" Suara jururawat tersebut begitu nyaring dibuat-buat dan membuatkan orang berasa tidak selesa.

"Zhiyuan." Huo Mian yang berdiri di pintu memanggil dengan lembut.

Kedua-dua mereka berpusing melihat dia. Air muka Ning Zhiyuan kelihatan kosong apabila padangannya jatuh pada Huo Mian. Tiada siapa dapat meneka apa yang difikirkannya.

"Ah Huo Mian, kamu di sini. Kamu berdua sambung lah berbual. Saya pergi dahulu."

"Jangan pergi." Ning Zhiyuan tiba-tiba menghulurkan tangan dan menarik He Man. "Selesaikan rawatan luka saya."

"Doktor Ning, um…kamu patut biarkan teman wanita kamu yang jaga kamu," He Man berkata-kata lalu tergelak dengan kekok.

Huo Mian mahu mengatakan sesuatu, tetapi sebelum sempat dia berkata apa-apa, dia terdengan Ning Zhiyuan mengeluarkan perkataan satu demi satu. "Dia bukan teman wanita saya lagi."

"Apa yang kamu cakapkan ini?" Wajah Huo Mian berkerut sedikit.

"Saya kata, kita sudah berpisah semalam. Kamu bukan lagi teman wanita saya dan saya tidak layak untuk teman wanita berkelas atasan seperti kamu. Jadi, apa kata kamu pergi cari bekas teman lelaki kamu yang sangat kaya itu? Dia ada kereta mewah, rumah agam dan saya hanyalah doktor yang miskin. Kamu hanya akan menyusahkan diri kamu jika terus bersama saya!" Nada Ning Zhiyuan kedengaran seperti berjauh hati.

Huo Mian menarik nafas dalam. "Zhiyuan," dia berkata dengan tenang. "Saya datang hari ini untuk menjelaskan apa yang berlaku malam semalam."

Bab berikutnya