Chu Yuyan menarik nafas panjang ketika dia maju ke hadapan, melangkah ke arah anak tangga yang telah dia hasilkan.
Semua yang lain masih sibuk mengadun; orang tua yang berada di tempat kedua sebelum ini telah menghasilkan 9,000 anak tangga. Sekiranya semua berjalan lancar, dia akan menjadi orang kedua yang melepasi ke pusingan ketiga.
Namun, ketika itulah…
Petir mengejutkan berbunyi, membingit keluar dari dunia Tanah Cakerawala. Sejurus itu juga, awan Kesengsaraan yang berdiameter hampir tiga ratus meter muncul di atas relau pil Ye Feimu. Ia berputar kala ia muncul di udara dan petir terus sabung menyabung. Nampak seolah-olah ia mahu memusnahkan pil yang baru sahaja diadun.
Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com