webnovel

Lebih Baik Uruskan Perkara Menyusahkan dengan Cepat

Editor: EndlessFantasy Translation

Seperti kata pepatah, lebih baik uruskan perkara yang menyusahkan dengan lebih cepat…

Ye Wan Wan merenung hidangan semut goreng itu dan makan selaju yang mungkin, paling laju dalam hidupnya untuk menghabiskan sepinggan penuh Naga Terbang tanpa berfikir dua kali.

Ye Wan Wan cuba menahan keinginannya yang kuat untuk muntah dan berkata sambil tersenyum, "Sedap."

'Sedap otak hang!'

"Apa kata kita pesan sepinggan lagi? Awak biasanya pesan dua atau tiga pinggan, Kak Feng," tanya Bintang Biduk.

Ye Wan Wan. "..." 'Bintang Biduk, aku rasa nak tumbuk kau, biar kau jadi lagi bodoh!'

Sebelum Ye Wan Wan sempat menjawab, bunyi riuh kedengaran di luar pintu.

Sesaat kemudian, pintu dibuka dan lebih sedozen orang lelaki meluru masuk ke dalam.

Ketua mereka ialah seorang lelaki pertengahan umur yang berpakaian kemas dan memakai cermin mata dengan bingkai emas.

Bab Terkunci

Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com

Bab berikutnya