Bulan lepas, Perikatan Berani telah mengeluarkan Tujuh Perintah Bunuh kepada enam keluarga bangsawan seni bela diri yang berbeza. Sesiapa sahaja yang menerima Tujuh Perintah Bunuh akan dihapuskan oleh Perikatan Berani dalam masa tujuh hari tanpa gagal. Sekarang, empat buah keluar telah pun dibasmi oleh Perikatan Berani dan hanya ada dua buah keluarga yang tinggal.
"Ey… kenapa Kesatuan Seni Bela Diri tak hapuskan kuasa macam Perikatan Berani… mereka hanya binatang perosak!"
"Hapuskan? Boleh ke mereka? Negara Bebas tak ada peraturan atau undang-undang tentang benda ni. Perikatan Berani tak guna sebarang senjata api atau langgar undang-undang kesatuan. Mengikut kata Perikatan Berani, ini dendam peribadi, jadi Kesatuan Seni Bela Diri tak boleh masuk campur. Apa pun, siapa berani nak cari pasal dengan Perikatan Berani?"
Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com