Akhirnya, pertarungan untuk adegan itu berakhir.
Sehingga pengarah menjerit "cut", mereka berdua masih lagi bertarung dengan begitu sengit. Mereka boleh dikatakan sangat berdedikasi dengan kerja mereka.
Ye Wan Wan tidak pasti jika dia tersalah anggap, tetapi dia merasakan dua orang ini telah lama memendam hasrat untuk beradu tenaga dengan satu sama lain…
Song Jin Lin sangat berpuas hati dengan hasilnya. Dia menghadiahkan senyuman yang jarang berlaku kepada Zhang Hua dan berkata, "Boleh tahan, pergerakan dan emosi mereka sangat tepat. Kamu jumpa dua orang ni dekat mana?"
Zhang Hua tersenyum lebar dan menjawab, "Bukan saya tapi Pengarah Ye. Dia memang luar biasa! Saya hanya sebut sahaja kepada dia dan dia terus bawa dua orang ni kepada saya. Dia memang hebat!"
Song Jin Lin menoleh kepada Ye Wan Wan dengan terkejut. "Saya minta maaf susahkan awak, Pengarah Ye."
Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com