Semenjak kejadian ini berlaku, kesihatan psikologi Han Xian Yu telah menurun dengan drastik dan Fei Yang tidak boleh berhenti daripada risau dengannya.
Lagipun, kejadian ini bukan sahaja menjejaskan kerjaya dan kehidupan lelaki itu, tetapi juga menganggu keadaan mentalnya.
Han Xian Yu telah membantu kanak-kanak itu dengan niat yang baik. Namun, dia telah difitnah dan dianiaya. Dia tidak pernah melakukan apa-apa jenayah tapi dia perlu hidup dengan imej buruk ini sepanjang hidupnya.
Ini semua kerana pasangan tamak itu yang dahagakan duit dan berjaya meraih simpati daripada orang awam. Di masa depan, mereka pasti akan menggunakan pampasan yang banyak ini untuk hidup dengan mewah.
Jika bukan kerana lelaki muda yang muncul hari ini, syarikat pasti akan memaksa Han Xian Yu menyelesaikan perkara ini secara peribadi. Jika perkara itu berlaku, dia tak pasti sama ada Han Xian Yu boleh bertahan atau tidak.
Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com