webnovel

Hanya Dia Seorang Boleh Pergi

Editor: EndlessFantasy Translation

Xinghe mengangguk. "Ya, kerana saya telah berjanji kepada mereka."

"Tapi macam mana jika ini hanya satu helah? Xinghe, He Lan Yuan sangat bencikan kamu, ini mungkin perangkap untuk menarik kamu ke sana," Ali memberi amaran kepadanya.

"Ya, kamu telah merosakkan rancangan He Lan Yuan, jadi pasti dia sangat membencikan kamu. Ini mungkin satu lagi kegilaannya untuk membalas dendam terhadap kamu," tambah Sam dengan cemas. Hampir semua orang memikirkan perkara yang sama. Tiada seorang pun yang mahu Xinghe mengambil risiko ini, takut jika ini mungkin sebuah perangkap.

"Tapi macam mana kalau ia memang benar?" Xinghe bertanya.

"Walaupun benar, kamu tak boleh mengambil risiko ini. Jika mereka tidak dapat bertahan menghadapi masalah ini, maka itu memang nasib mereka," kata Mubai dengan tidak berhati perut. Dia tidak peduli tentang hidup orang lain. Dia hanya mahu Xinghe selamat.

Bab Terkunci

Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com

Bab berikutnya