"Saya, George Alison, hanya akan mendengar arahan pegawai saya. Tapi, kamu memang tak salah kerana jika pegawai saya mahukan mereka berdua mati, saya akan patuhi arahan itu. Namun, tanpa arahan itu, walaupun senapang disasarkan ke kepala saya, saya tidak akan mengapa-apakan mereka. Kamu semua terlalu memandang remeh terhadap saya, untuk apa saya perlu mengikut arahan He Lan Yuan‽ untuk membunuh"
"Macam mana kalau pegawai kamu mengarahkan kamu untuk bunuh mereka?" hujah Ali.
"Jadi, mereka harus mati."
"Tak mengenang budi! Sampah!" Ali menyumpah dengan sangat marah. "Sekiranya bukan kerana Xinghe, kamu tak akan dapat merobohkan sistem di sini. Tanpa mereka, tiada siapa yang tahu mengenai konspirasi He Lan Yuan. Kamu semua akan mati tanpa mengetahui apa yang berlaku. Mereka dah banyak membantu kamu, tapi bukan saja kamu tak berterima kasih kepada mereka, kamu juga akan membunuh mereka atas dasar mementingkan diri sendiri. Kamu lebih teruk daripada anjing!"
Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com