Tuan Besar Shen malu menghadapi soalan Tuan Besar Xi. Dia menghela nafas dan berkata, "Tuan Besar Xi, sejujurnya, kami benar-benar tak mahu ini berlaku, tetapi keluarga Lin menyelamatkan anak perempuan saya. Jadi, macam mana saya nak terus menindas mereka?"
"Jadi, kamu sangat menghargai mereka sehingga tidak sabar-sabar nak berbesan dengan mereka‽" Tuan Besar Xi bertanya dengan sangat marah.
Kemarahan turut terlihat di wajah Tuan Besar Shen ketika mereka bercakap mengenainya. "Ini bukan hasrat saya untuk berbesan!"
"Tong Yan dan Lin Xuan akan berkahwin. Kamu masih nak berbohong kepada saya?"
Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com