Sejak bila Empayar Xi bekerjasama dengan keluarga Ou Yang? Patutlah mereka cukup yakin untuk mengatakan yang mereka akan mengadakan pameran tiada taranya.
Keluarga Ou Yang memiliki lebih dari seratus tahun sejarah di dalam industri barang kemas. Mereka terkenal kerana reka bentuk mereka yang klasik dan kualiti yang sempurna. Mereka mementingkan kualiti berbanding kuantiti. Bagi mereka, barang kemas merupakan sebuah seni dan bukan sekadar sebuah perniagaan.
Oleh itu, walaupun mereka terlalu terkenal, pendapatan mereka masih rendah. Di Hwa Xia, jika pendapatan Bao Hwa adalah paling tinggi, maka pendapatan keluarga Ou Yang adalah kedua tertinggi.
Namun, dari segi kualiti dan kepuasan pelanggan, keluarga Ou Yang adalah raja. Lin Jing juga pernah mencuba menakluk keluarga Ou Yang tetapi gagal. Kemudian, dia merubah taktik dengan meminta kerjasama namun masih ditolak.
Jadi, dia terkejut apabila mereka memilih untuk bekerjasama dengan Empayar Xi!
Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com