Dengan pemergian ibu bapanya, keluarga Chu akan musnah tidak lama lagi. Dia akan jatuh dari kedudukannya sebagai wanita muda yang dihormati dalam keluarga Chu dan menjadi seorang kaki jalanan yang tidak ada sesiapapun akan dekati.
Tanpa latar belakang keluarganya, dia tidak ada apa-apa.
Dia bukan sahaja terlepas peluang untuk berkahwin dengan Mubai dan merealisasikan impian hidupnya, pengakhiran dirinya juga akan menjadi sangat mengerikan.
Tianxin telah hidup dalam kemewahan sejak dia masih kecil; dia tidak akan membenarkan hidupnya berakhir dalam keadaan yang menyedihkan.
Hatinya dipenuhi perasaan tidak puas hati apabila memikirkan yang Xinghe akan mengambil alih tempatnya di puncak manakala dia sendiri akan kecundang dan terpaksa bergelumang dengan masyarakat kelas rendah.
Dia tidak boleh, tidak, tidak boleh menerima aturan takdir ini!
Dia lebih rela mati daripada menjadi miskin!
Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com