webnovel

Bunuh Xia Xinghe Malam Ini

Editor: EndlessFantasy Translation

Wushuang berkata sambil mengetap giginya, "itu kerana dia telah kehilangan ingatan. Tetapi sekarang dia telah pulih, dia akan memburu kita."

"Patutlah dia terlalu berlagak sewaktu di balai!" Wu Rong mengeluh, "Perempuan jalang ni, saya tidak sepatutnya memberi dia belas kasihan pada waktu itu."

"Ibu, kita kena selesaikan tugas yang akan kita mulakan tak lama lagi kalau tak kita akan jadi mangsa seterusnya," Wushuang memberi amaran.

Wu Rong mengangguk setuju.

"Ya, kamu betul. Setelah dia mendapatkan Chui Ming, dia tentu tidak akan mengabaikan kita berdua. Dia menyerang Chui Ming untuk menghalang kita melarikan diri. Sebaik sahaja Syarikat Chui tumbang, dia akan menyasarkan kita pula seterusnya…"

"Xia Xinghe tidak akan melepaskan kita dengan mudah!" Wushuang berkata dengan tegas.

Sekurang-kurangnya dia pasti tentang itu.

Xinghe tidak akan menunjukkan apa-apa belas kasihan terhadap mereka.

Bab Terkunci

Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com

Bab berikutnya