webnovel

Dan sekiranya mereka gagal, segala usaha mereka hanya sia-sia.

Jika mereka terlepas peluang ini, mereka bukan sahaja akan kehilangan peluang terbaik untuk mencabar Syarikat Chui, Malah mereka juga akan mendedahkan keseluruhan rancangan mereka kepada Chui Ming. Ia bukan sesuatu yang baik untuk mereka.

Masa depan mereka bergantung kepada Pertandingan Penggodam ini.

Xiao Mo juga mengerti. Dia mengerutkan dahinya dan berkata dengan cemas, "Cik Xia, kamu mesti mencari jalan untuk keluar dari masalah ini!"

Dia tidak boleh tidak menyertai Pertandingan Penggodam ini.

"Encik pegawai polis, kakak saya benar-benar tidak melemparkan sebarang fitnah terhadap mereka, bolehkah kita pergi ke balai polis esok sahaja?" Xia Zhi cuba memujuk anggota polis tetapi ia ditolak dengan tegas.

"Tidak, Xia Xinghe harus ikut kami ke balai hari ini juga untuk membantu siasatan atau kami akan menahannya kerana menghalang keadilan!"

"Tetapi ..."

"Zhi," Xinghe memberitahunya dengan tenang, "Dengarlah cakap kakak, masuk pertandingan itu dengan Xiao Mo, dan kakak akan pergi dengan polis-polis ini."

Xia Zhi menggelengkan kepalanya, lalu berkata, "Tidak, kakak, kamu tidak boleh pergi ..."

"Saya perlu, percayalah, saya yakin dengan kamu berdua," Dengan itu, Xinghe ikut masuk ke dalam kereta polis dan mereka berlalu pergi.

Xia Zhi memerhatikan kenderaan itu berlalu pergi dengan laju dan menendang tayar keretanya dengan marah," Saya tidak akan memaafkan orang-orang tidak berguna itu!"

Xiao Mo yang lebih tenang, berkata selepas berfikir sejenak, "Tuduhan yang mereka dakwa terhadap kakak kamu itu tidak begitu serius, kita boleh membayar jaminannya."

"Itu mustahil, bukankah jelas pihak polis itu berpihak kepada siapa? Chui Ming pasti telah merasuah polis supaya kakak saya tidak boleh keluar dengan mudah," katanya. Semakin dia memikirkannya, semakin resah dia jadinya. Apa nak buat? apa nak buat? Adakah ini pengakhirannya buat kita? Adakah mereka telah menang?

Xiao Mo menggenggam tangannya dengan ketat, dia berasa marah pada dirinya sendiri.

Dia berasa tidak berguna kerana tidak mampu untuk menyelamatkan orang yang telah menyelamatkan nyawanya.

"Saya tahu!" Xia Zhi tiba-tiba menjerit. Dia membuka pintu kereta dan bergegas masuk ke dalam, sambil menambah, "Masuklah, kita perlu pergi ke Pertandingan Pengodam sekarang!"

Xiao Mo bingung tetapi dia juga masuk ke dalam kereta, dan bertanya, "Apa rancangan kamu?"

Xia Zhi memandangnya dengan gembira. "Kalau boleh, saya tidak mahu berjumpa dengan orang itu lagi tetapi pada waktu ini, hanya dia yang boleh membantu kita."

"Siapa?"

Mata Xia Zhi menggelap apabila dia mendedahkan, "Xi Mubai."

Xiao Mo terperanjat apabila mendengar nama itu.

Xi Mubai orang terkemuka dalam semua industri internet dan komputer Hwa Xia. Semua orang dalam dunia perniagaan mengenalinya.

Tidak perlu dikatakan lagi, dia pasti telah dijemput ke Pertandingan Pengodam juga.

Walau bagaimanapun, Xia Zhi terlalu optimistik dengan rancangannya. Mustahil bagi mereka untuk bertemu secara peribadi dengan Mubai biarpun mereka sampai ke tempat pertandingan.

Lagipun, Mubai adalah VVIP. Dia tidak akan dilihat bersama dengan orang ramai.

"Saya akan pergi menyiapkan perisian kita dan kamu cuba untuk cari Xi Mubai. Saya tahu kita perlu menyelamatkan Cik Xia tetapi kita tidak boleh mengabaikan tugas sebenar kita," kata Xiao Mo setibanya disitu.

Xia Zhi tidak mempunyai masalah dengan itu. Dia mengangguk dan berkata, "Baiklah, jadi kita akan berpisah untuk memberi tumpuan kepada tugas masing-masing. Panggil saya jika ada apa-apa, Abang Xiao."

"Baiklah, selamat berjaya!."

Mereka harus berusaha sebaik mungkin untuk menyelamatkan Xinghe kerana tanpa dia, mereka tidak mungkin menang.

Walau bagaimanapun, apabila Xiao Mo berjalan ke tempat ujian, dia bertembung dengan Chui Ming dan kakitangannya.

Bak kata pepatah, musuh ketat pasti akan bertemu dilorong sempit. Sungguhpun dewan ujian itu agak besar tetapi mereka bertemu juga.

Xiao Mo mahu berpaling tetapi ia sudah terlambat, Chui Ming telah melihatnya.

Kedua-dua pihak kelihatan terkejut.

Beberapa tahun yang lalu, selepas Xiao Mo dijatuh oleh Chui Ming, dia selalu membayangkan untuk menikamnya sehingga mati setiap kali mereka bertemu.

Bab berikutnya