"Dia pasti akan buat begitu!" Mo Ting merenung Tangning dan membalas. "Kalau dia tak suka orang Cina pun, dia masih perlu simpan pendapat dia bila dia dengan kamu."
Tangning memikirkan situasinya dan sedar yang hujah Mo Ting masuk akal. Ini bukan tempat di mana dia patut menunjukkan belas kasihan, terutamanya apabila berdepan dengan diskriminasi daripada orang asing. Secara khususnya, dia tidak patut membiarkan profesor tidak penting membulinya.
"Jangan bimbang. Abang tak perlu buat apa-apa. Saya dah tahu apa nak dibuat."
Mo Ting berpusing dan memandang Tangning dengan senyuman bangga.
"Kamu bukan berundur dari industri hiburan dan putuskan hubungan dengan Hai Rui hanya supaya kamu boleh datang ke sini dan merana."
"Keluarkan keberanian kamu… saya nak tengok Tangning yang tak akan tundukkan kepalanya kepada sesiapa."
Tangning menganggukkan kepalanya. Rasa selesa yang dirasainya kerana diskriminasi dan dibuli, tiba-tiba hilang.
Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com