webnovel

Kita Tak akan Pernah Dikalahkan

Editor: EndlessFantasy Translation

Pada masa yang sama ketika Tangning dikhabarkan dilayan tidak senonoh dan perkahwinannya dengan Mo Ting terganggu, nombor telefonnya juga didedahkan kepada orang awam.

Sebuah syarikat media tidak bermoral mendapat nombor Tangning dan segera menelefonnya. "Kamu Tangning ke? Betul ke? Tak mungkin."

Mulanya, Tangning masih boleh menerima panggilan telefon rambang itu. Tetapi, selepas satu demi satu pihak media menelefonnya dan mengesahkan itu dia, telefon Tangning tidak berhenti berdering sepanjang hari.

"Kak Ning, si Bai itu dah melampau nampaknya." Song Yanshu memutuskan untuk berhenti memanggil Bai Qiusheng dengan nama penuhnya. Asalnya, dia acuh tidak acuh dengan lelaki itu. Tetapi sekarang, dia sangat marah.

Tangning memandang telefonnya dengan air muka keruh. Seketika kemudian, Mo Ting tiba di hotel. Ketika dia melangkah masuk ke dalam bilik Tangning, seorang wartawan menelefon.

Sebaik sahaja Mo Ting melihat hal ini, dia mengangkat panggilan itu.

Bab Terkunci

Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com

Bab berikutnya