webnovel

Bebas dari Kebimbangan

Editor: EndlessFantasy Translation

Ning Xueluo tergamam mendengar kata-kata ibu Su Yan. Dia baru sahaja memikirkan sebab kenapa perempuan itu tiba-tiba begitu mesra dengannya malam ini. Dia langsung tidak menyangka yang ia disebabkan oleh keluarga Zhuang...

Ning Xueluo cepat-cepat menunjukkan muka malu dan janggal. "Sebenarnya, saya tak pernah dengar ibu bapa saya bercakap tentang hal ni. Rasanya tak ada nama keluarga Zhuang dalam senarai tetamu..."

Dahi ibu Su Yan berkerut. Selepas itu, dia menggenggam tangan Ning Xueluo sekali lagi dan berkata dengan lembut, "Xueluo, apa-apa pun, kita sekarang adalah satu keluarga, jadi ada beberapa hal yang Mak Cik perlu beritahu kamu. Ibu bapa mana yang tak buat salah dalam dunia ni? Sebagai ibu bapa, bukankah kami semua cuma nak yang terbaik untuk generasi yang seterusnya? Mak kamu dah menjauhkan diri dari keluarga Zhuang selama bertahun-tahun. Dah sampai masanya untuk dia lupakan hal tu. Apa pendapat kamu?"

Bab Terkunci

Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com

Bab berikutnya