webnovel

Si Syaitan yang Melindungi Isterinya

Editor: EndlessFantasy Translation

Ning Xi masih bertenaga semasa di luar, tetapi selepas Lu Tingxiao membawanya pulang ke Istana Platinum, tenaganya seakan-akan telah hilang. Dia tidak mahu bergerak langsung. 

Lu Tingxiao mendukungnya turun dari kereta, kemudian membawanya naik ke tingkat atas sebelum meletakkan gadis itu di atas katil dengan berhati-hati. Dia menanggalkan kot Ning Xi dan segera memeriksa jika terdapat luka yang ada padanya. 

Nasib baiklah kali ini Ning Xi mendengar kata. Tidak kisahlah seteruk mana orang lain telah dipukul, asalkan Ning Xi masih baik-baik sahaja tanpa sebarang luka. Jari-jarinya yang putih dan lembut masih lagi sempurna. Kesan darah pada hujung jarinya tadi mungkin bukan daripada lukanya pun...

Oleh sebab itu, Lu Tingxiao tidak berasa marah langsung.

Mmm, bagus betul. 

Bab Terkunci

Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com

Bab berikutnya