Selepas Ning Xi meninggalkan syarikat itu, dia terus pergi ke Istana Platinum.
"Bos, tetamu lelaki untuk rancangan 'Keistimewaan Si Cantik' dah disahkan, kita boleh pergi tandatangan kontrak tu esok!" kata Ning Xi dengan gembira.
Lu Tingxiao yang duduk di atas sofa meletakkan bukunya lalu menyambut Ning Xi yang kelihatan teruja dengan sebuah pelukan yang hangat. "Mmm, Cheng Feng baru je bagitau saya tadi."
Lu Tingxiao telah menugaskan wataknya sebagai Ke Mingyu di bawah pengurus biasa di Syarikat Hiburan Keagungan Dunia tetapi semua hal yang berkaitan dengan Ke Mingyu telah diserahkan kepada Cheng Feng.
"Teruklah pengarah tu. Dia hampir nak mungkir janji dan jemput Chen Hanchen tapi saya dah pastikan yang dia pegang janji dia tu!" Ning Xi berasa bangga dengan apa yang telah dia lakukan. "Hehe, sayang, awak nak makan apa? Esok saya masak untuk awak!"
Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com