webnovel

Tiada Siapa yang Boleh Balik Malam Ini

Editor: EndlessFantasy Translation

Ning Xi memberi reaksi seolah-olah dia mendengar jenaka. Dia mencebikkan mulutnya. "Jadi? Perlu ke saya tolong panggil polis?"

"Kamu…" Mereka memandang antara satu sama lain dan kelihatan pucat. Mereka terdiam tidak berkata-kata.

Ketika ketiga-ketiga lelaki itu dalam keadaan mabuk, mereka dengan bongkaknya telah memberitahu yang mereka adalah kumpulan penjenayah nombor satu yang dikehendaki oleh polis. Malah, mereka dengan bangganya memberitahu berapa ramai orang anggota polis yang telah mereka bunuh. Orang-orang buruan seperti ini sepatutnya terus ditembak mati oleh skuad penembak apabila mereka sudah ditangkap. Macam mana mereka berani untuk menghubungi polis!?

Aktiviti kasino haram, penculikan dan pemerasan, percubaan merogol dan memberikan perlindungan kepada pelarian! Sepatutnya mereka semua disumbat ke dalam penjara!

Bab Terkunci

Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com

Bab berikutnya