webnovel

Habiskan Dia Bila-bila Masa Sahaja

Editor: EndlessFantasy Translation

"Mereka berdua tu abang-abang senior kamu? Mereka taklah hebat sangat pun," cemuh lelaki itu sambil ketawa dengan suara yang serak dan mengerikan. 

"Kamu siapa?" Ning Xi memandang lelaki itu dengan berjaga-jaga. 

"Nama saya Han Xiao, kamu?" Han Xiao tersenyum ke arahnya. 

"Saya Ning Xi."

Ning Xi menjadi tenang sedikit kerana lelaki itu tidak kelihatan seperti seorang lelaki yang jahat. Dia hanya merasakan Han Xiao seorang yang menakutkan kerana Han Xiao masih boleh kalahkan Tang Ye dan Tang Lang walaupun Ning Xi tahu kebolehan mereka berdua sangat tinggi. Ning Xi betul-betul sukar hendak mempercayainya. 

"Cik Puan, kamu dah selamatkan saya, jadi biar saya belanja kamu makan." Ning Xi perasan mata Han Xiao yang ada waktunya kelihatan jernih, tetapi ada masanya ia seakan-akan dipenuhi dengan daya tarikan yang kejam. Sekali pandang pada matanya boleh membuatkan sesiapa pun berasa takut.

Bab Terkunci

Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com

Bab berikutnya