"Bukan sebab saya lah, Bro Xi memang dah cantik! Saya cuma tambah sikit-sikit je!" Ye Qiu berasa kagum melihat gadis yang berada di hadapannya, potensi gadis itu memang tidak berpenghujung.
"Senior… sangat cantik." Ji Yumeng terkejut. Walaupun sebagai seorang perempuan, dia tetap berasa kagum dengan kecantikan yang dimiliki oleh Ning Xi.
"Seperti yang disangkakan! Kamu kelihatan sangat menarik dalam dua-dua watak! Tak mustahil kalau satu hari nanti saya mungkin akan bertukar menjadi lesbian!"
Hanya Xiao Tao yang kekal tenang. Sekarang, semua orang telah menyaksikan kecantikan Bro Xi sebagai seorang wanita! Kak Zhizhi berasa risau kerana Ning Xi kelihatan begitu cantik.
"Gulp." Qi Fang menelan air liurnya. Di dalam kalangan mereka, Qi Fang merupakan salah seorang yang turut mengagumi kecantikan Ning Xi.
"Ning… Ning Xi?" Skrip Chen Hanchen terjatuh ke bawah.
Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com