Ekspresi wajah Lu Tingxiao berubah lembut apabila melihat Ning Xi menjawab dengan patuh. Dia nampak cawan kopi yang ada di atas meja dan memandang Ning Xi dengan marah. "Kamu tak sihat lagi kan. Pergi tidur sekarang."
"Hah? Tapi otak saya tengah ligat ni. Saya tak boleh tidur lagi!" Ning Xi menggumam.
Matanya bersinar apabila dia tiba-tiba terfikirkan sesuatu. "Ha! Jom buat sesuatu yang bermakna malam ni!"
Lu Tingxiao memandang Ning Xi dan bertanya dengan suara yang garau, "Contohnya?"
Selepas seketika.
"Ah… tidak!" Jeritan Ning Xi memecah kesunyian malam.
Muka Lu Tingxiao menjadi tegang apabila melihat hantu yang mengilai dengan bunyi latar belakang yang menakutkan.
Aktiviti yang "bermakna" itu ialah tengok filem seram?
Ning Xi berselubung dalam selimut, hanya kepalanya yang kecil sahaja yang terdedah. Mukanya pucat. Dia menjerit sekali-sekala. "Ah… almari tu! Ada hantu dalam almari tu… jangan buka!"
Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com