webnovel

Tak Pernah Menganggapnya Sebagai Seorang Perempuan

Editor: EndlessFantasy Translation

Pada masa yang sama, di satu sudut yang tak kelihatan di bawah bangunan rumah Ning Xi. 

Sebuah kereta Maybach hitam diletakkan tak jauh dari situ dan satu kumpulan bersenjata bersiap sedia untuk menyerang pada bila-bila masa sahaja.

Apabila malam makin larut, udara seakan-akan beku dan semua orang menjadi tegang.

Di sudut yang gelap, telefon Cheng Feng tiba-tiba berbunyi. Dia tak nak jawab panggilan itu kerana dia dalam misi yang penting tapi sebaik sahaja dia melihat siapa yang menelefon, dia terus menjawabnya. 

"Helo, ada apa?"

"Bro Feng, saya dengar kamu ada misi, kenapa kamu tak telefon saya?" tanya Shi Xiao.

Xiong Zhi juga bersuara, "Saya pun, saya pun!"

Jelasnya mereka ada bersama-sama pada ketika itu.

Cheng Feng memicit ruang di antara keningnya. "Misi kali ni berkaitan dengan Cik Ning. Kamu pasti ke kamu berdua nak ikut sekali?"

Tak ada apa-apa jawapan di hujung talian.

Bab Terkunci

Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com

Bab berikutnya