Apabila dia sedar kesilapannya, Su Yan kekok memandang Ning Xi dan batuk dengan perlahan. "Struktur dan asas Syarikat Ning Antarabangsa dah digariskan sejak lima tahun lepas. Kalau ada pewaris tambahan muncul tiba-tiba, kesannya akan jadi teruk."
Ning Xi memandang lelaki di depannya dengan pandangan mengejek sambil berkata dengan selamba, "Macam mana kalau saya betul-betul nakkan Syarikat Ning Antarabangsa?"
Muka Su Yan berubah sebaik sahaja dia dengar soalan Ning Xi. Dia memarahi Ning Xi dengan nada yang serius, "Jangan main-main, Xiao Xi. Ini dah melampau! Kalau kamu masih nak buat macam tu, kamu yang akan sakit nanti! Mereka tak akan lepaskan kamu macam tu je kalau kamu kacau keuntungan mereka!"
Ning Xi mencemuh, "Ah… keuntungan mereka… keuntungan siapa?"
Su Yan selalu berpura-pura yang dia peduli. Tapi, dia serta-merta berubah apabila melibatkan keuntungan yang dia dapat.
Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com