"CEO Lu, dah lewat ni dan bulan kelihatan sangat cantik malam ni. Haha, kamu patut balik awal. Saya pun dah nak masuk tidur ni, haha, selamat tinggal!"
Ning Xi meluahkan kata-kata selamat tinggal dengan laju dan menghilangkan diri dalam masa sesaat. Dia sendiri tak tahu apa yang dia cakapkan kepada Lu Tingxiao.
Lu Tingxiao kaku di tempatnya. Dia memandang belakang gadis itu yang melarikan diri dengan cepat. Kemudian, dia mengangkat kepalanya dan memandang kegelapan malam...
Degupan jantung Ning Xi hanya dapat kembali tenang apabila dia berjaya lari masuk ke dalam pangsapuri dan menutup pintu rumahnya. Dia berlari dengan begitu laju sehinggakan hampir-hampir terjatuh.
Selepas menarik nafas beberapa kali, dia mengeluarkan telefonnya sekali lagi.
[Sayangku, setuju dengan permintaannya dan tengoklah apa yang akan terjadi. Saya cabar kamu. ^_^ —YS]
Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com