webnovel

Kakak Ipar

Editor: EndlessFantasy Translation

Keesokan paginya.

Selepas Ning Xi beredar dari rumah, Lu Tingxiao yang risau menghubungi Lu Jingli.

"Hantar seseorang ke set penggambaran."

"Abang, kamu risau seseorang membuli kakak ipar? Ini sesuatu yang perlu dilalui oleh sesiapa pun yang ingin menjadi bintang besar, ia akan menjadikannya lebih kuat! Jika dia tidak mengalaminya sendiri, dia tidak akan boleh berdiri sendiri!" Lu Jingli menggunakan nada yang sama Lu Tingxiao gunakan apabila abangnya memarahi seseorang.

Lu Tingxiao menjawab, "Dia tidak perlukan semua itu." Maksudnya, dia sendiri akan menjadi orang yang melindungi Ning Xi.

Lu Jingli, "…" Hehe.

Hati Lu Jingli menjadi sedih dengan layanan berat sebelah abangnya.

Tahun lepas, tanpa mengatakan apa-apa, kamu telah lempar saya ke dalam Keagungan Dunia yang hura-hara, dan tidak membenarkan sesiapapun membantu saya.

"Baiklah, baiklah. Saya akan aturkan seseorang untuk pergi ke set penggambaran dan pastikan tiada sehelai rambut pun orang akan berani sentuh!"

"Bulan depan, kamu boleh ambil cuti seminggu." Lu Tingxiao tiba-tiba berkata.

"Huh…abang, apa dia?" Lu Jingli seperti tidak percaya apa yang didengarinya. "Kamu benarkan saya cuti selama seminggu? Sudah tiga tahun kamu tak benarkan saya cuti!"

"Tak nak?"

"Nak, nak nak! Sudah tentu saya nak! Tapi…kenapa abang tiba-tiba begitu baik?" Lu Jungli tidak faham, dan cuba mengingat semula perbualan mereka sebentar tadi.

Akhirnya, dia sedar: semuanya kerana perkataan itu – Kakak Ipar.

Hanya kerana dia telah memanggil Ning Xi sebagai Kakak Ipar?

Kenyataan ini telah menyebabkan dia gembira bercampur hiba.

"Tuan Muda Sulung, Doktor Qin sudah sampai." Suara orang gaji itu kedengaran dari luar bilik bacaan.

Seorang lelaki langsing yang berpakaian sut sederhana berdiri di sisi orang gaji itu. Wajahnya lembut dan tersenyum gembira, dan nampak seperti orang yang sangat sopan.

Lu Tingxiao memutuskan talian telefon dan berpaling memandang pelawat itu. "Kamu dah sampai, silakan duduk."

Qin Mufeng meletakkan begnya ke bawah dan duduk di atas sofa. "Macam mana? Adakah Si Cilik tidak sihat?"

"Kamu boleh lihat sendiri. Dia ada di dapur." Lu Tingxiao menjawab.

"Dapur?" Qin Mufeng mengangkat kening, dan menuju ke dapur.

Sejenak kemudian, Qin Mufeng kembali tersenyum. "Bilakah Si Cilik mula membuat jus sebagai hobi? Selain itu, dia kelihatan amat gembira! Adakah sesuatu telah berlaku?"

"Memang. Beberapa hari sebelum ini, saya terlalu sibuk dan tiada masa menjaga Si Cilik. Lu Jingli membawanya ke satu bar wain tanpa pengetahuan dan kebenaran saya…"

Lu Tingxiao menjelaskan situasi itu kepada doktor dengan ringkas.

Wajah Qin Mufeng berubah apabila mendengar kata-kata Lu Tingxiao, dan akhirnya, dia berkata dengan gembira, "Sesuatu yang baik telah datang dari keadaan yang buruk bagi Si Cilik! Saya pernah sebut sebelum ini, dia terlalu tidak berminat dalam semua benda. Apa-apa saja yang menarik hati dan memberi motivasi kepadanya memang baik untuk pemulihannya. Lagipun, ini ialah orang hidup! Kamu tidak mengupah gadis itu sebagai pengasuh atau guru kepada Si Cilik?"

Lu Tingxiao menjawab dengan ringkas, "Kerana dia bakal ibu kepada Si Cilik."

"Kof, kof, kof…" Melihat wajah Lu Tingxiao yang tanpa perasaan, Qin Mufeng terlalu terkejut. "Apa kamu kata tadi? Kamu lakukan semua ini untuk Si Cilik, ataupun untuk diri sendiri…"

Riak wajah Lu Tingxiao yang sejuk dan dingin kelihatan cair sedikit. Dia memandang ke luar tingkap dan berkata, "Doktor Qin, saya rasa kesimpulan kamu sebelum ini memang betul."

"Kamu…kamu telah jatuh cinta dengan gadis ini?" Qin Mufeng sangat teruja. "Saya tahu saya betul! Mana mungkin kamu aseksual! Beritahu saya lebih banyak, apabila kamu melihatnya, adakah jantung kamu berdebar dengan cepat dan darah kamu mendidih? Adakah kamu mahu mendekatinya dan mahu tidur dengannya?

Lu Tingxiao berfikir sejenak lalu menjawab, "Ya,memang betul!"

Bab berikutnya