webnovel

Jurulatih Kehidupan Rohaniah?

Editor: EndlessFantasy Translation

Bos Huo terkejut seketika dengan soalan Ling Lan, tetapi tidak lama kemudian dia berasa marah dengan keangkuhan Ling Lan. Walaupun dia sakit hati, tetapi dia tetap ketawa dan berkata, "Berlagaknya kau. Budak tahun pertama berani mengugut kami?" Dari mana semua pelajar tahun pertama ini mendapat keberanian mereka?

"Oh, tak, saya cuma jelaskan prinsip kami berurusan dengan orang luar," jawab Ling Lan dengan tenang. "Saya percaya yang kumpulan lain, termasuk Puak Mecha Leiting juga ada prinsip yang serupa dengan kami. Ni cuma cara kami saja."

Betul kata Ling Lan. Sebagai sebuah organisasi, untuk melindungi kumpulan dan kebajikan ahli-ahlinya, organisasi itu perlu mempunyai prinsip. Kaedah Puak Mecha Leiting pula lebih kejam daripada kata-kata Ling Lan tadi. Sebagai contoh, jika orang luar tidak mahu menyertai mereka, orang itu akan diserang dari semua sudut.

Bab Terkunci

Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com

Bab berikutnya