webnovel

Rahsia Umum Akademi Ketenteraan!

Editor: EndlessFantasy Translation

"Empat Kecil ni makin lama makin berani!" Ling Lan sekali lagi mengesahkan yang entiti pintar ruang pembelajaran ini memang aneh, bertindak sama seperti kanak-kanak kecil sebenar. Empat Kecil telah mempamerkan segala jenis emosi dan tingkah laku, termasuklah bermain tipu helah yang nakal dan mengabaikan tanggungjawabnya.

Ling Lan mengendalikan mecha arnabnya ke arah pintu barat bandar itu. Tak ramai orang di pintu barat, jadi keadaan tidak terlalu sibuk berbanding pintu-pintu lain. Hal ini kerana pintu ini ialah permulaan laluan masuk ke Bandar Suncreed. Perlu diketahui walaupun jalan masuk ke Bandar Suncreed dibersihkan, dalam masa hanya satu hari saja, binatang buas akan hidup kembali dan memenuhi laluan itu semula. Jelas sekali binatang-binatang buas itu terlalu hebat. Sesiapa sahaja di peringkat bawah pahlawan mecha tertinggi tidak mempunyai harapan untuk melepasi jalan ini. Jadi ini dianggap jalan yang paling sukar dilalui semasa tempoh permulaan.

Bab Terkunci

Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com

Bab berikutnya