Ling Lan memandang Xie Yi yang keluar dari kereta apung dengan tidak bermaya, lalu mengerutkan keningnya. Mungkinkah budak ini terlalu terkesan oleh kata-kata Ling Lan sehingga dia mendapat kecederaan rohani?
Ling Lan memandang Qi Long dengan ragu-ragu, matanya penuh tanda tanya. Tak guna, bukankah budak Xie Yi tu katanya bermuka tebal? Kenapa pula keadaannya jadi begitu menyedihkan hanya kerana halangan kecil ini?
Qi Long membalas renungan tanda tanya Ling Lan dengan menggelengkan kepalanya, mengisyaratkan yang dia tak tahu apa-apa.
Sudah tentulah selepas Ling Lan mengalihkan pandangannya, Qi Long hanya mampu menggumam di dalam hati, 'Ini juga bergantung kepada siapa pihak lawan itu. Senjata berbentuk manusia seperti Bos yang mempunyai kuasa membunuh yang dahsyat, bermuka tebal sekalipun apa gunanya? Kuasa Bos tak mampu kami tangani!'
Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com