"Kita cuma berjalan-jalan sahaja, bukannya kita buat jahat pun," kata sami kecil itu.
Jika pihak lawan merupakan pertapa yang lurus bendul, mereka tidak perlu bimbang untuk berdepan dengan bahaya... dan jika pihak lawan merupakan pertapa yang jahat, tiada masalah pun selagi mereka cukup berhati-hati. Walau bagaimanapun, sekiranya sesuatu yang tidak dijangka berlaku, sami kecil mempunyai khazanah magis menyelamatkan diri dan khazanah magis lain untuk memanggil Abang Senior Tiga Alam.
Gadis yang tua sedikit itu masih risau dan berkata, "Saya masih berpendapat yang lebih baik jangan menyukarkan keadaan."
Walau bagaimanapun, sami kecil dan adik perempuannya masih pergi menuju ke gerabak di depan. Leh itu, gadis yang tua sedikit itu hanya boleh mengeluh dan mengejar mereka. Lagipun, dia adalah yang paling tua dalam kalangan mereka bertiga dan tanggungjawabnya adalah untuk menjaga adik perempuannya dan sami kecil itu.
Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com