webnovel

Saya Mahu Darah Syaitan

Editor: EndlessFantasy Translation

Daun bawang yang sangat tua?

Perlu teka ke? Sememangnya dia sedang bercakap tentang Wanita Bawang.

Oh ya, kali terakhir Song Shuhang makan akar daun bawang, dia hampir mati.

Perkara terburuk adalah apabila dia bermimpi tentang pengalaman kehidupan Wanita Bawang atas sebab itu. Setelah itu, dia terpaksa hidup untuk beberapa tahun sebagai daun bawang yang asyik ditiup angin. Setiap kali dia teringat tentang mimpi itu, Shuhang berasa sangat sedih.

Pada masa itu, dia bertuah kerana Biarawan Dao Berkabus Kelabu daripada 'Sekta Pencuri Tidak Berduit' ada berhampiran dan menggunakan 'Mengosongkan Tangan Ajaib' untuk menarik keluar akar Wanita Bawang daripada perutnya., lalu merubahnya menjadi kristal semangat bawang.

Sekarang pun kristal itu masih lagi berada di dalam dompet pengecil saiznya.

Oleh itu, Song Shuhang mengangguk dan berkata, "Saya memang makan daun bawang istimewa masa dulu."

Bab Terkunci

Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com

Bab berikutnya