webnovel

Di bahagian bawah perut, kuasa daripada ubat 'Cecair Penguat Badan' yang masih ada mula dihidupkan. Kuasa dari ubat itu terasa hangat dalam badan Shuhang dan ia mula mengalir dengan pantas dari bawah perutnya hingga ke bahagian bahu, pinggang dan kaki.

"Apa yang sedang berlaku?" Song Shuhang mula berfikir tentang kesan yang dia alami itu. Kesan yang terasa asing tetapi menyenangkan itu sememangnya telah membuat dia lebih kuat. Dia mula sedar bahawa ia datang daripada formula kitab suci tumbukan!

Apabila Shuhang membaca formula daripada kitab suci tumbukan, irama khas formula itu mula mengeluarkan kuasa aneh yang diseru dari syurga dan bumi. Kuasa itu menekan badannya dan mengalir sehingga ke genggaman penumbuknya. Ia mengubah tumbukannya dari biasa menjadi luar biasa.

Ini adalah teknik penguat badan pertapa!

"Hehe, jadi kamu mula dapat merasakan kuasa istimewa dari dalam syurga dan bumi." Mahaguru Ubatan tersenyum dengan mata yang dikecilkan ke arah Shuhang kemudian dia menjelaskan, "Itu perbezaan terbesar antara pertapa dan pengamal seni pertahanan diri yang biasa. Itu yang kita panggil sebagai qi rohani. Lama-kelamaan, kamu akan terbiasa dengan qi ini."

"Ini adalah qi rohani?" Song Shuhang sudah biasa mendengar perkataan itu. Kerana semua novel tentang pertapaan akan menggunakan istilah tersebut.

"Jadi, aspek yang paling penting dalam teknik penumbuk adalah 'formula' itu. Walaupun ia merupakan teknik pertubuhan asas yang paling biasa, formula itu dapat menghidupkan qi rohani walaupun pada kadar yang rendah dengan ritma tertentu serta menguatkan badan kita. Pukulan yang kamu buat tadi adalah sama dengan seorang pengamal seni mempertahankan diri yang telah berlatih sebanyak tiga ribu kali." Mahaguru Ubatan menjelaskan kepada Shuhang, "Jadi, tahniah kepada kamu kawanku. Kamu sudah menguasai kualiti yang paling asas untuk pertapaan, iaitu qi rohani. Saya cakap begitu kerana kamu masih kuat dan bertenaga selepas mengambil Cecair Penguat Badan walaupun tidak bersenam dalam jangka masa yang panjang."

"Menguasai qi rohani? Adakah ini bermakna walaupun seseorang mempunyai formula kitab suci tumbukan, seseorang itu tidak semestinya dapat menghidupkan qi rohani dari dalam syurga dan bumi?" Song Shuhang bertanya. Dia dapat memahami perkara yang disampaikan Mahaguru Ubatan dengan pantas.

"Ya, orang yang tidak dapat menghidupkan qi rohani tidak akan dapat menyelesaikan pertubuhan asas dan boleh dikatakan mereka tidak layak untuk menjadi pertapa. Inilah bahagian asas yang paling asas, akar kepada pertapaan." Mahaguru Ubatan ketawa dan meneruskan, "Sekarang, jangan berhenti dan jangan terlalu banyak berfikir. Selepas Tumbukan Asas Nombor Satu, sambungkannya dengan langkah kedua. Jangan biarkan badan kamu berehat terlalu lama. Apabila kamu berasa semakin letih, kesan cecair penguat badan pada teknik tumbukan pertubuhan asas akan menjadi lebih baik.

"Baik!" Song Shuhang menjawab dengan tekun. 

Dia gembira kerana dia mengenali Kumpulan Nombor Satu Wilayah Sembilan.

Dia gembira kerana dia dapat mengenali Bulu Lembut, Mahaguru Ubatan dan ahli pertapa lain dalam kumpulan itu.

Dia lebih gembira kerana resam tubuhnya dapat menguasai qi rohani.

Dia sangat bertuah, jadi dia tidak boleh membazirkan peluang dan nasib yang baik ini.

Sambil mengubah kedudukan kakinya, Song Shuhang membaca formula kitab suci Tumbukan Asas Nombor Dua dan melaksanakan teknik tumbukan.

Tumbukan Asas Nombor Dua hanya mempunyai satu bentuk. Kakinya mengikuti pola pergerakan dan tumbukannya dihayun dengan lancar. Tumbukannya bergerak laju bagaikan gugusan tahi bintang yang jatuh. 

Kesan penguat itu membuat langkahnya menjadi lebih baik. Qi rohani melingkar di sekitar penumbuk dan bahunya. Sepuluh hayunan tumbukan kemudian, Song Shuhang merasakan tubuhnya menjadi berat seolah-olah satu beban besar telah ditambah di atas bahunya.

"Pop, pop, pop," itulah bunyi yang dihasilkan ketika penumbuk memecahkan udara dalam setiap hayunan.

Setiap tumbukan menggunakan lebih banyak stamina daripada sebelumnya. Keringatnya mengalir laju sama seperti ketika dia mengambil Cecair Penguat Badan dan berlari dengan pantas di sekitar trek dan peluh mengalir dengan kotoran hitam.

Shuhang terkejut.

Tanpa peringatan daripada Mahaguru Ubatan untuk kali ini, dia terus memulakan Tumbukan Asas Nombor Tiga dengan segera.

Sambil mengubah langkah dan menghayun tumbukan, hentikan hayunan saat musuh berpusing, langkah palsu dan telapak tangan terbalik. Walaupun langkah ketiga adalah teknik penumbuk, ia dicampurkan dengan bentuk tetakan tangan dan tangan cakar naga. Telapak tangannya dihayun seperti kapak dan cakaran seperti naga menari.

"Huff huff huff..." Nafas Shuhang menjadi berat, baki lebihan 'Cecair Penguat Badan' di dalam perutnya cair dan mengalir ke seluruh tubuhnya ketika dia menyelesaikan Tumbukan Asas Nombor Tiga.

Seterusnya, dia merasakan semua ototnya bergetar. Badannya yang panas sebentar tadi bertukar menjadi lebih panas seperti terbakar!

Dalam rasa kepanasan yang tidak dapat dijelaskan, tenaga hangat yang dihasilkan di dalam otot. Tenaga itu ialah darah dan qi.

Dia hanya perlu biarkan tenaga itu mengalir dalam badannya supaya dia dapat membiarkan qi dan darah mengalir ke dalam 'Bukaan Jantung'. Apabila Bukaan Jantung sudah penuh, dia akan dapat membentuk serpihan tenaga qi dan darah pertama yang merupakan kelayakan dalam peringkat Pertubuhan Asas!

'Berapa lama bagi seseorang yang tidak pernah berlatih dapat selesaikan ❮Teknik Tumbukan Asas Buddha❯ sebelum dia pengsan kerana keletihan? Tetapi dia mengambil Cecair Penguat Badan...' Mahaguru Ubatan menyilangkan tangan ketika dia melihat ke arah Song Shuhang.

Dia tidak memberitahu Shuhang bahawa ❮Teknik Tumbukan Asas Buddha❯ tidak dapat diselesaikan dalam satu masa oleh seorang pertapa muda.

Teknik penumbuk ini merupakan asas yang menubuhkan teknik penumbuk, tetapi ia mempunyai kekuatan serangan yang sama dengan kemahiran seni mempertahankan diri Peringkat Pertama.

Malah pengikut elit Mahaguru Utama Prinsip Pemikir hanya dapat melaksanakan Teknik Tumbukan Asas Buddha sehingga langkah ke tiga belas atau lima belas.

Sejak Mahaguru Utama memperoleh ❮Teknik Tumbukan Asas Buddha❯, setiap pengikut elit yang dia ambil belum dapat menyelesaikan teknik penumbuk keseluruhan tanpa berehat!

Sedangkan untuk Song Shuhang pula, walaupun dia mengambil Cecair Penguat Badan terlebih dahulu, dia bukan hanya melewati usia puncak untuk Pertubuhan Asas, tetapi dia juga sudah lama tidak bersenam. Jadi sudah semestinya dia tidak akan dapat menandingi keupayaan pengikut elit Mahaguru Utama itu. Mahaguru Ubatan Master juga meragui sama ada Song Shuhang dapat meneruskan sehingga langkah kelima atau tidak.

Tetapi, dia tidak akan memberitahu Shuhang. Sebaliknya, dia secara khusus telah mengajarkan satu konsep kepada Song Shuhang. Dia mahu pastikan selepas melaksanakan 'satu set' Teknik Tumbukan Asas, barulah dia boleh menggunakan ❮Kitab Meditasi Diri Yang Sebenar❯ untuk mengumpul qi dan darah di Bukaan Jantung.

Dia sengaja mempengaruhi minda Song Shuhang dengan memberitahu standard kelayakan Pertubuhan Asas adalah dengan 'menyelesaikan keseluruhan set teknik penumbuk tanpa rehat'. Dengan berbuat demikian, dengan kesukaran yang dialami Shuhang, mungkin akan ada peluang untuk Shuhang dapat bertahan dan menghabiskan lebih banyak langkah daripada yang dia sangka.

'Meletuslah rakanku. Tunjukkan kekuatan Cecair Penguat Badan itu terlebih dahulu.' Mahaguru Ubatan berfikir kemudian bercakap dalam hati.

Semasa dia sibuk berfikir, Song Shuhang telah menyelesaikan Tumbukan Asas Nombor Empat.

Pada masa ini Shuhang sudah termengah-mengah seperti seekor lembu. Rambutnya basah seolah-olah dia dibasahi hujan dan pakaiannya sudah lama dibasahi peluh.

Bukan sahaja penumbuknya, tetapi setiap bahagian tubuhnya terasa berat seperti gunung menimpa dirinya. Setiap hayunan tangan atau mengambil langkah kecil terasa sangat melelahkan. Setiap inci ototnya sangat sakit. 

'Ini langkah apa? Ia sepatutnya Tumbukan Asas Nombor Empat!

'❮Teknik Tumbukan Asas Buddha❯ mempunyai lapan belas pergerakan! Bolehkah aku selesaikannya dalam satu masa?'

Satu titik keringat mengalir ke kelopak matanya. Song Shuhang berkedip untuk membiarkan titisan itu mengalir ke bawah bulu matanya.

'Aku boleh, aku pasti boleh!

'Mahaguru Ubatan hanya bersetuju untuk mengajar ❮Kitab Meditasi Diri Yang Sebenar❯ selepas aku selesaikan satu set teknik kerana dia berada dalam mood yang 'baik'. Siapa tahu bila lagi Mahaguru Ubatan akan mempunyai mood yang baik pada hari-hari lain?'

Sekiranya dia tidak dapat menamatkan Teknik Tumbukan Asas Buddha hari ini, dia mungkin tidak akan dapat belajar daripada Mahaguru Ubatan lagi selepas ini.

'Aku mesti teruskan!'

Dari saat dia duduk di komputernya dan menghantar mesej pertamanya dalam sembang grup Kumpulan Nombor Satu Wilayah Sembilan, dia telah menetapkan satu matlamat!

Walaupun 'kematian' akan menjadi ancaman buatnya, dia tidak akan takut. Tidak mungkin dia akan biarkan dirinya gagal kerana keletihan. Sekiranya dia tidak dapat mengatasi kesukaran kecil itu, bagaimanakah dia boleh bermimpi untuk menjadi seorang pertapa?

Kalau begitu, lebih baik dia tinggalkan Kumpulan Nombor Satu Wilayah Sembilan dan teruskan hidup sebagai orang biasa!

Song Shuhang mengetap giginya dan terus membaca formula kitab suci tumbukan itu. Tangan kirinya dibuka kepada telapak tangan dan tangan kanannya menghayunkan penumbuk dengan kuat. Itu Tumbukan Asas Nombor... Lima!

Selepas menghayun tumbukan itu, dia merasakan tulang di dalam badannya mula berkeriut. Tumbukan Asas Nombor Lima bukan sahaja menguatkan otot, ia juga menguatkan bahagian dalam badan.

"Huff!" dia menghembuskan nafas.

Walaupun pada hari yang panas ini, nafas Song Shuhang masih berubah menjadi kabut yang dapat dilihat dengan mata kasar.

Qi dan darah dalam badannya yang suam itu menjadi lebih pekat. Ia mula terkumpul sedikit demi sedikit dan hanya menunggu untuk mengalir.

Pada masa yang sama, baki 'Cecair Penguat Badan' di bahagian bawah badan Song Shuhang akhirnya habis selepas tumbukan itu.

Selepas kehilangan tenaga dan sokongan pemulihan dari 'Cecair Penguat Badan', latihan itu akan menjadi lebih sukar untuk diikuti. Rasa letih dalam tubuhnya akan menguasai tubuh badannya dengan pantas...

Bab berikutnya