webnovel

Selepas Mendengar Kebenaran Pada Waktu Pagi, Seseorang Boleh Mati dengan Puas Hati di Waktu Petang

Editor: EndlessFantasy Translation

Sekarang, asrama perempuan B6.

Secara kebetulan, seseorang boleh nampak padang sukan kolej dari kedudukan ini.

"Wahahaha, hei, mari sini dan tengok! Tak sangka ada orang bodoh berlari di padang sukan dalam cuaca ni!" Seorang perempuan berambut pendek aras bahu ketawa dengan kuat.

"Ni cara lain untuk menarik perhatian gadis kecil yang jahil dengan kelihatan bergaya ke?" Seorang gadis berbadan matang terbaring di atas katil dan sedang cuba menghilangkan kepanasan dengan mengipas menggunakan kipas kecil. Dia berasa sangat panas dan tidak dapat mengawal dirinya daripada berfikir tentang bayang seseorang itu.

Gadis yang berambut pendek aras bahu itu ketawa dengan kuat. "Jika dia betul-betul nak kelihatan bergaya, tanpa ragu-ragu ni pasti gagal. Tiada perempuan dalam dunia ini yang akan berasa manusia bodoh ni kacak. Nanti, mari sini kejap, Lu Fei, muka budak ni macam pernah tengok saja, dia satu kelas dengan kita ke?

"Biar saya tengok." Gadis yang berbadan matang itu bergerak ke arah tingkap dan memandang ke arah padang sukan.

Dia ternampak lelaki itu berhenti dan menanggalkan bajunya. Pinggang yang langsing serta belakang yang lebar, dengan otot yang jelas kelihatan dan dipenuhi daya yang meledak, muncul.

Gadis yang berambut pendek aras bahu itu mengekek. "Oh, kalau dia tak menanggalkan bajunya memang tak nampak, badannya memang sangat bagus. Hanya berdasarkan kesasaan badannya, mungkin dia boleh menarik perhatian ramai gadis yang jahil."

"Dia daripada kelas kita." Perempuan yang berbadan matang itu sebaliknya terbeliak mata sebab dia baru memikirkan tentangnya sebentar tadi.

Tubuhnya bagus dan penuh dengan sifat kelelakian.

Ditambah dengan rasa dingin yang tersebar daripada badannya... seperti yang dijangkakan, dia patut bertindak dahulu sebelum gadis lain tahu betapa berbaloinya dia.

❄️❄️❄️

Song Shuhang memandang bajunya dan perasan, bukan sahaja terdapat peluhnya, malah terdapat beberapa tompok bendasing hitam yang disingkirkan bersama dengan peluhnya.

Song Shuhang menurunkan matanya dan memandang badannya. Betul, ada juga bendasing hitam yang serupa benih menutupi kulitnya.

Penguat badan, penguat badan. Ia bukan sahaja meningkatkan ketegapan badan, yang lebih pentingnya ia menguatkan badan dan menyingkirkan bendasing daripadanya.

Selepas itu, dia menghulurkan tangannya dan menyentuh abdomennya.

Tidak sangka otot abdomennya yang sudah hilang begitu lama akan muncul semula…

Sudah satu tahun setengah tidak kelihatan otot di abdomennya Sejak dia mula mengulangkaji pelajaran dengan bersungguh-sungguh dalam tahun ketiga sekolah menengah, disebabkan kekurangan latihan, otot abdomennya hilang dan diganti dengan lemak lebihan.

Namun, sekarang, dia hanya berlari beberapa pusingan dan otot abdomennya telah kembali semula.

Selain itu, beberapa penyakit kecil dalam badannya sudah sembuh sepenuhnya. Sebagai contoh, dia selalu menggunakan komputer, dan menyebabkan bahu kanannya menjadi sakit; atau, benda kecil seperti sakit leher selepas duduk terlalu lama. Penyakit-penyakit kecil ini telah hilang dengan sepenuhnya!

Tambahan lagi, Shuhang berasa rabun jauhnya menjadi lebih baik. Dia asalnya ada sedikit rabun jauh, sebab matanya letih semasa bersedia untuk peperiksaan kolej. Tetapi sekarang, rabun jauhnya bukan sahaja sudah dipulihkan, malah penglihatannya telah dikuatkan lagi.

Selagi dia menumpukan perhatian, dia juga boleh nampak kaki satu bangkai lalat yang ada pada pagar sepuluh meter di hadapannya!

'Bertenang, bertenang. Mari kita cuba aspek lain. Ketegapan dan daya ketahanan badan saya memang sudah meningkat, biar saya cuba kekuatan saya sekarang.' Song Shuhang mencuba sedaya upaya untuk menenangkan diri.

Sebenarnya, dia sudah lama tidak dapat bertenang di dalam hatinya. Keadaannya sekarang seperti dia sudah mabuk kerana alkohol, sementara otaknya berusaha dengan desak untuk membuatnya bertenang. Tetapi, tubuhnya asyik mendedahkan keterujaannya.

Semasa menggenggam penumbuknya, dia hanya berasa kedua-dua tangannya dipenuhi tenaga yang tiada hala tuju lain, impuls untuk menghancurkan harimau dan harimau bintang terkumpul dalam hatinya.

Pandangannya memusing ke arah kawasan latihan lontar peluru—terdapat dua jenis model peluru yang ada di sana.

Peluru yang diguna oleh kolej… 5kg untuk lelaki dan 4kg untuk perempuan.

Song Shuhang pergi mengangkat peluru yang lebih besar di dalam tangannya, sebab dia mahu menguji kekuatan tangannya sekarang.

Semasa mengangkat peluru, dia sedikit terkejut — awak pasti bebola ini bukan bola keranjang atau bola sepak?

Sangat ketara kekuatannya sudah meningkat.

Sekarang, dia betul-betul mahu melontar peluru untuk tengok berapa jauh yang dia boleh lontar. Tetapi, dia memaksa dirinya menahan impuls itu sebab siapa tahu berapa jauh ia boleh dilontar? Tidak baik kalau dia menimbulkan masalah.

'Hanya satu sudu pes ubatan—dan ia mungkin merupakan produk separuh siap ataupun kegagalan—boleh menguatkan badan saya ke tahap ini. Kalau saya memakan cecair penguat badan yang sempurna, adakah saya akan menjadi seseorang yang boleh berlari dengan tangan seperti seekor kuda? Atau, seorang lelaki kuat yang mampu menarik kapal terbang dengan giginya?' Song Shuhang mengambil bajunya dan tanpa disedari kembali ke asramanya. 

Membuka pintu, dia memasuki dapur dan memandang pes ubatan hitam di dalam periuk.

'Cecair Penguat Badan. Seperti gambaran namanya, betul-betul cecair penguat badan!'

Hari ini, seorang lelaki yang bernama Song Shuhang telah melutut dengan habis!

❄️❄️❄️

Sejak dia memasuki Kumpulan Nombor Satu Sembilan Wilayah, tribulasi, roh hantu, manik ais, kuasa pelik Bulu Lembut dan ramuan ubatan ajaib yang dihantar kepadanya… semua sedang menyerang pandangan dunia Shuhang.

Manakala 'Cecair Penguat Badan Mudah' ini, ia memberi tumbukan maut kepada pandangan dunia Song Shuhang.

2019, 4 Jun.

Hari ini, pandangan dunia Song Shuhang yang telah dibina sepanjang lapan belas tahun hayatnya tiba-tiba hancur dan berkecai-kecai, tanpa meninggalkan apa-apa sisa.

Tidak mudah untuk membina semula pandangan seseorang kepada dunia, tetapi untuk menghancurkannya? Senang sahaja.

"Lupakan saja. Benda seperti pandangan dunia, tak apa kalau dihancur. Hanya dengan menghancurkannya saya boleh nampak lebih banyak kebenaran dunia." Song Shuhang bergumam.

Pada masa ini, hati besarnya telah menunjukkan fungsinya.

Pertama, dia menyimpan baki 'Cecair Penguat Badan' di dalam periuk tanpa meninggalkan setitis pun. Buat masa ini… dia tidak berani untuk meminum cecair ini lagi.

Selepas itu, dia pergi mandi.

Selepas mandi, dia perasan dirinya yang ada di dalam cermin… menjadi cerah? Kulitnya putih kemerahan dan berseri-seri.

Celaka, apabila rakan sebiliknya balik selepas berjalan-jalan dan perasan kulit dia tiba-tiba menjadi lebih cerah, macam mana dia hendak menjelaskannya? Mungkin dia boleh mengata, dia menggunakan krim pemutih kulit yang baru?

'Aduhai, ini bukan perkara yang penting.

'Yang lebih penting… semua orang di dalam Kumpulan Nombor Satu Sembilan Wilayah pertapa yang betul!!

'Betul, saya tidak boleh bertenang!'

Macam mana dia boleh bertenang? Tidak kira sesiapa sahaja, mereka tidak akan lebih baik daripada keadaannya sekarang, selepas bertembung dengan situasi begini.

Satu sembang grup yang pada mulanya dia ingat dipenuhi dengan kumpulan orang chuunibyou, tiba-tiba ditukar kepada kumpulan di mana semua ahlinya merupakan pertapa yang betul dan dengan segera kelihatan lebih unggul.

Ini lebih mengujakan daripada memenangi cabutan loteri sebanyak 5 juta.

Berbanding dengan 'pertapaan', 5 juta memang tidak dapat dibandingkan.

Nilai dua kotak ramuan ubatan yang dihantar oleh Bulu Lembut jauh melebihi angka ini.

Apa yang dia patut buat dari sekarang?

Selepas tahu dunia ini betul-betul mempunyai 'Pertapa', selepas tahu adanya ramuan ubatan ajaib dalam dunia ini, selepas tahu kewujudan Kumpulan Nombor Satu Sembilan Wilayah!

Song Shuhang bertanya—apakah yang patut dibuat sekarang?

Dia pergi ke komputernya dan log masuk ke akaun sembang grup.

Menarik nafas dengan mendalam, jarinya meluncur di atas perisian sembang Kumpulan Nombor Satu Sembilan Wilayah. Seseorang yang tidak tahu tidak ada apa-apa untuk ditakuti; hanya apabila seseorang itu tahu lebih maka ketakutan akan meningkat dalam hatinya. Jarinya terhenti dekat ikon Kumpulan Nombor Satu Sembilan Wilayah—kepentingan memasuki grup kali ini sangat berbeza dengan dahulu.

Sekarang, pintu besar untuk berpisah dengan mortaliti terletak di jarinya, pada skrin komputer ini!

Dia ada dua pilihan.

Menjadi orang biasa dan menghabiskan seumur hidupnya dengan rutin?

Atau, berhubung dengan pertapa di dalam Kumpulan Nombor Satu Sembilan Wilayah, mengintegrasi ke dalam dunia mereka dan menjadi pertapa, memijak jalan bahaya pertapaan?

Pertapaan memang bahaya. Tanpa bercakap tentang benda lain, sekurang-kurangnya ada benda seperti 'tribulasi'. Kejadian tribulasi guruh yang dialami oleh Enam Belas Dari Puak Su di Bandar H sudah begitu menakutkan walaupun ia hanya tribulasi guruh Alam Perolehan Tahap Tiga.

Meskipun Enam Belas Dari Puak Su ada Senior Tujuh di tepinya, dia akhirnya gagal untuk mengatasi tribulasi itu dan tercedera parah. Kalau Senior Tujuh tidak hadir, hidup matinya mungkin belum pasti.

Manakala, Song Shuhang hanya ada dirinya sendiri dan tidak ada senior yang hebat untuk membantunya. Jika dia telah mengalami tribulasi guruh yang begitu menakutkan, mayatnya mungkin tidak sempurna?

Song Shuhang teragak-agak untuk… satu saat!

Selepas itu, dia klik ikon Kumpulan Nombor Satu Sembilan Wilayah.

Bab berikutnya