webnovel

Uji Kaji dan Pembinaan Meriam Baru

Editor: EndlessFantasy Translation

Lucia pergi berjumpa Putera Roland sambil membawa jongkong besi dan bijih di dalam beg sandangnya, tetapi otaknya tidak boleh berhenti daripada memikirkan Nightingale.

Sejujurnya dia rasa sangat terkejut dengan kata-kata santai Nightingale itu.

Walaupun Lucia sendiri tidak begitu faham maksud cinta, dia tahu ahli sihir dan putera raja mustahil dapat bersama. Jadi, bukankah Nightingale perlu berhati-hati dengan perasaannya dan menyembunyikan sebarang harapannya jauh dalam hati agar putera raja itu tidak tahu perkara yang sebenar?

Tambahan pula, itu kata-kata Nightingale dan Lucia hanya mendengar sahaja. tetapi kenapa Lucia sendiri rasa malu dan segan?

Lucia tiba di pintu hadapan kamar bacaan Putera Roland. Dia menarik nafas dengan dalam lalu mengetuk pintu itu.

"Masuk." Suara Putera Roland kedengaran dari sebalik pintu itu.

Lucia masuk. "Tuanku, patik sudah bawa bijih-bijih itu."

Bab Terkunci

Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com

Bab berikutnya